Manusia berubah mengikut masa, begitu juga aku.
Dahulunya aku begitu, kini aku begini. Kuharap lebih baik dari sebelumnya.
Namun aku bukan manusia sempurna, yang tak pernah melakukan kesilapan.

Dulu aku silap. Sekarang aku
memperbaikinya.
Dulu aku jahil. Sekarang aku
mempelajarinya.
Dulu aku alpa. Sekarang aku berwaspada.
Dulu aku lupa. Sekarang aku mengingatinya.
Dulu bukanlah sehingga kini. Bukan juga
selamanya untuk aku sebegitu.
Andai ada janji yang tak tertunai olehku, kumohon lupakanlah ia.
Andai ada keburukanku ketara, kumohon tutuplah ia.
Andai ada ingatan tentangku, kumohon ingatlah yang baik-baik sahaja.
Teruskanlah kehidupan dengan permulaan yang baru. Aku sudah berbeza.
Sekiranya tersingkap masa silam, pintaku jangan dinilai yang dahulu.
Nilailah aku yang sekarang. Kerana kini yang ada adalah dari-NYA.










No comments:
Post a Comment