INDAH KATA


"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar."(surah Al-Ahzab ayat 35)

Friday, January 27, 2012

❤ SABAR... REDHA... KUAT... TENANG... MENANGIS ❤



❤ SABAR:
Sabar Di Sebalik Kemarahan
Sabar Di Sebalik Ujian
... ... Sabar Menyelesaikan Masalah

❤ REDHA:
Redha Dengan Ketentuan-Nya
Redha Terhadap Takdir-Nya
Redha Di Sebalik Setiap Yang Terjadi
Yakin Pasti Ada Hikmah Yang Allah Beri...

❤ KUAT:
Kuat Menghadapi Ujian
Kuat Melawan Nafsu Yang Tidak Baik
Kuat Mempertahankan Maruah Dan Agama
Kuat Menjalani Kehidupan Yang Penuh Berliku

❤ TENANG:
Tenang Menghadapi Kehidupan Yang Penuh Dugaan
Tenang Apabila Orang Berkata-Kata Nista Kepada Kita
Tenang Apabila Diri DiKhianati
Tenang Apabila Hati Dilukai

❤ MENANGIS:
Menangis Mengenangkan Dosa-Dosa Yang Lalu
Menangis Mengenangkan Kejahatan Dan Kesalahan Yang Lalu...

~SHARING IS LOVING~

Monday, January 23, 2012

SEKUNTUM KALAM CINTA



Aku ingin…
menjadi makmum kepada seorang imam…

Aku ingin…
menjadi sayap kiri kepada seorang khalifah…

Aku ingin…
menjadi pendengar kepada seorang dai'e...

Aku ingin…
menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid...

Aku ingin…
menjadi tulang belakang kepada seorang insan...

Aku ingin…
memberi cintaku kepada insan yang mencintai diriMu lebih dari segalanya...

Aku tidak perlu apa-2 darimu...
memadailah dengan hanya secangkir cinta buat penghilang dahaga...

Aku tidak perlu apa-2 darimu…
memadailah seutas ikatan kasih buat pengikat kita berdua... Aku tidak perlu apa-apa darimu…
memadailah sekuntum sayang buat azimat perangsang diri... Aku tidak perlu apa-apa darimu…
memadailah seikat setia buat pengukuh kasih mesra kita... Aku tidak perlu apa-apa darimu…
memadailah seulas seyumanmu buat bekal pengobat rindu...

Aku tidak perlu apa-apa darimu…
memadailah sehelai sayang hangat darimu buat penyejuk malamku...

Selebih dari itu...
Tidak ku pinta apa-apa lagi darimu...

~SHARING IS LOVING~

Thursday, January 19, 2012

layakkah kita~~~


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong dikala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.

Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.

Sanggupkah aku menjadi ibu seperti Khansa'?
Rela menyerahkan anak-anaknya ke medan pertempuran,
Biarpun darah menjadi penggantinya,
Asalkan syahid menjadi habuan.

Aku pasti akan berusaha menjadi pewaris mereka,
Ayuh, kita bangun bersama,
Wahai para mujahidah!
~SHARING IS LOVING~

INDAHNYA WANITA


● Makhluk yg UNIK,INDAH & MENAWAN ,
Tdk lain dan tdk bkn ialah WANITA.
karena mereka diciptakan dgn penuh keasyikan & keistimewaan

● Kelembutan,Kecantikan & kebaikan nya ,
selalu di damba oleh kaum ADAM .
karena WANITA merupakan makhluk Allah Swt yg istimewa

● Oleh itu ...,
Duhai WANITA peliharalah dirimu,,
Tutuplah Auratmu,.
Karena Aurat adalah Mahkota seorang Muslimah .

~SHARING IS LOVING~

Tuesday, January 17, 2012

☀♥•*¨`*•.*► Doa ku untuk sahabat2 ◄*.•*¨`*• ♥☀




✿ Ya Allah, izinkan sahabatku menjadi sekuntum bunga,

✿ Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia,

✿ Harum wanginya dengan ilmu agama,

✿ Cantiknya kerana iman dan taqwa.

✿ Namun keindahan zahirnya disimpan rapi,

✿ Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,

✿ Bukan perhatian mata ajnabi,

✿ Yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki yang berjiwa sepi.

✿ Wajahnya bukan mengundang dosa,

✿ Timbulkan duri yang memagari dirinya agar terpelihara dari noda duniawi yang menghilangkan haruman sejati,

✿ Yang memudarkan kecantikan diri untuk Kau calonkan dirinya sebagai bidadari syurga Mu. Ameen."

JOM BERAMAL SOLEH!!!!


Setiap orang pasti akan beramal, tetapi adakah hanya setakat beramal sahaja...? Makan nasik pun beramal, apatah lagi bersolat, puasa dan lain2nya.. Yang membezakan amalan seseorang itu adalah niat dan keikhlasan hatinya... Di mana taraf amalan kita..? tepuk dada tanya iman...
Namun, hanya Allah saja yg dapat menilai setiap amalan seseorang...
Jangan pula kita menyebut2 amalan kita kepada orang lain...
Ini disesuaikan dengan hadis, "Sesiapa yg memperdengarkan amalnya di hadapan orang, maka Allah akan menjadikan manusia memandang rendah dan menghinakan kerjanya itu." Takut jadi riak pula, dan apabila riak, amalan2 kita menjadi sia2 bagaikan amalan sebesar bukit Uhud, tetapi diakhirat nanti ia menjadi debu yang berterbangan... Renung2kan dan selamat beramal~~~

~JAWAPAN UNTUK KAHWIN AWAL~


Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya: "Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau."

1. dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
2. nak jaga mata, hati dan kemaluan
3. nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja
4. nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa aje
5. dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala
6. dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga
7. nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama
8. saya sayang dan cintakan anak pakcik

~kemanisan sesudah penantian~


‎*Selepas kahwin nanti,
♥ Isteri masak ~> suami makan.
♥ Suami imam ~> isteri makmum.
♥ Suami baca doa ~> isteri aminkan.
♥ Isteri merajuk ~> suami pujuk.

~♥> Hidup saling melengkapi selepas perkahwinan. Bahagia kan? (,"(",)~

~♥> Itulah KEMANISAN sesudah sebuah PENANTIAN ♥

♥>> Walaupun PENANTIAN itu satu PENYIKSAAN tapi percayalah sebuah penantian yang disandarkan kepada REDHANYA tak kan sia2 dan kita akan merasai satu ANUGERAH yang tak terhingga dari sebuah PENANTIAN yang penuh dengan KESABARAN. InsyaAllah (,^^(^^,) ~

Monday, January 16, 2012

ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.


Allah itu sangat BAIK kepada kita...
DIA TERIMA kita saat semua yg lain tak mengendahkan kita,
Allah itu sangat HEBAT..
DIA masih MEMIMPIN kita tatkala dosa kita menggunung tak tersukat..
Allah itu sangat DEKAT..
DIA MENDENGAR doa kita..
Dalam deraian air mata kita yang kian lebat..
Allah itu sangat baik kepada kita...
sangat2 baik...
dan Allah itu akn terus terusan teramat baik kepada hamba2NYA.

dan ingatlah, tika kita melangkah mencariNya selangkah,Dia berlari mendapatkan kita seribu langkah..subhanAllah..

Seharum Mawar Indah


lembut wanita kerana senyumannya
cekal wanita kerana beraninya
patuh wanita kerana kesetiaannya
sabar wanita kerana imannya
kasih wanita kerana belaiannya
lemah wanita kerana airmatanya
ikhlas wanita kerana simpatinya
pendam wanita kerana cemburunya
sayang wanita kerana sifat keibuannya
tanpa wanita lelaki menjadi lemah
kerana wanita jugalah lelaki akan kalah

SEDARLAHLAH WAHAI DIRIMU WANITA

.. UNTUK RENUNG-RENUNGAN BAGI SAYA DAN ANDA SEMUA..

RENUNGAN BERSAMA Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

SEINDAH-INDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH...

Kanvas cinta nian indah,lakarkan ia dengan wajah muslimah yang tulus peribadi.warnakan ia dengan kelembutan azali,ketegasan haqiqi,keindahan sejati,kerana dialah muslimah solehah,cemburuan bidadari di syurga yg abadi...

Sunday, January 15, 2012

15 Anugerah Untuk Wanita Yang Allah Berikan

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,“Tidak”.

Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.”

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. “Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya.”
Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

~INGATAN KEPADA DIRIKU INI DAN UNTUK SEMUA~


untuk diriku juga saudara seIslam ku yg dikasihi...

Pastikan langkah kakimu selalu di atas landasan Allah yg benar..
perhatikan siapakah rakanmu..
Hindarilah rakan yg membuatmu lalai drpd mengingati Allah..
Rapatilah teman yg membawamu INGAT kpd ALLAH..

Jauhilah IKHTILAT krn ia jalan masuk kepada COUPLE
sedangkan COUPLE itu HARAM dan menghampiri ZINA
Akrabkan dirimu dengan MASJID
Jadikan Al-Quran TEMAN paling setiamu

Jaga AKHLAKmu..
Tutupilah auratmu sebaiknya, krn itu satu keWAJIBan..
Jaga Lisanmu, krn banyak org masuk NERAKA krn Lisannya..
Jaga PANDANGAN matamu krn MATA permulaan bg suatu keBURUKan


semoga Allah melindungi kita drpd keFASADan serta keMAKSIATan.. Agar kita menjadi sebenar2 HAMBA kpd RABB yg MAHA KUASA..

~ketahuilah~


❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

::lelaki yang macho::♥
ialah lelaki yang tidak pernah
menyentuh wanita yang bukan mahramnya ~
...
::syabab yang handsome::♥
ialah syabab yang menyekat pandangan
mereka daripada memandang yang haram~

::muslimin yang gentleman::♥
ialah muslimin yang tidak berani menyentuh hidup seorang
muslimah dengan LAFAZ CINTA sebelum mereka bersedia
melafazkan AKAD sebagai bukti CINTA~

::mukminin yang soleh::♥
ialah mukminin yang mencintai Allah & Rasul lebih
dari diri mereka sendiri~