INDAH KATA


"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar."(surah Al-Ahzab ayat 35)

Wednesday, March 27, 2013

keindahan niqab


Purdah atau niqab xpernah menghalangku tuk terus mencapai cita2..
berniqab xpernah mnyusahkan diriku
berniqab xpernah membebankan diriku..
berniqab menjauhkan aku dari melakukan maksiat pada-Nya
berniqab mengajar aku erti hidup sebenar..
menjaga diriku dari melanggar batas-batas syariat...


niqab mendidikku menjadi seorang muslimah mukminah mujahidah..
yg sebetulnya wajib pelihara maruah diri..
mengajarku menjaga tingkah laku...
mendidikku menjaga bait bicara..
mengajar cara utk menghormati...
berdikari...lebih berani...yakin...tabah..sabar..
menyayangi...dan mengasihi semua makhluk ciptaan-Nya..
niqab memudahkanku berkomunikasi dgn semua org...

tanpa segan tanpa malu tuk bertegur sapa sesama muslimah..
mendekatkanku dgn akhawat2 yg sama impian dgnku..
mengajarku memberi salam pada semua walau x pernah mengenali...
walau senyumku terselindung di sebalik niqob..
namun senyumanku sering dibalas..
Allah...
aku sgt menyenangi keadaan ini...


jgn pernah kata niqab ni mnyusahkan si pemakai..
kamu x alami apa yg kami alami..
mungkin itu hnya yg kamu nampak di luar...
'susahnya kamu nak makan'
'x rimas ke pakai mcm ni?'
'macam mana nk buat kerja pakai macam ni?'

NIQAB bukan penghalang
hanya perlu yakin dan berani
kamu boleh lakukan apa saja dgn izin dari-NYA
hidup ini indah bila semuanya berada dlm redha-Nya =)


YA ALLAH ISTIQOMAHKANLAH HATIKU....
walau ujian dan cabaran yg dtg aku tetap dgn pendirianku..
bantulah hamba-Mu ya ALLAH dlm meneruskan perjuangan islam ini..
amin ya rabbal a'lamin....
P/S : SESIAPA sahaja boleh bertudung labuh & BERPURDAH ...^_^ tidak terhad pada sesiapa.. NAK atau X NAK saja.. sikit2 berubah.. lama2 jadi mudah.. insya-ALLAH..♥ ^^

Monday, March 25, 2013

isteri solehah vs suami soleh


WANITA : Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah.

LELAKI : Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar."(surah Al-Ahzab ayat 35)

Sunday, March 24, 2013

Ujian adalah peningkatan darjat


Apabila HIJRAHmu ada yang mempersenda.
Apabila HIJRAHmu ada yang mencebik & menghina.
Lalu engkau merasa sedih dan tidak berdaya.
Ingatlah Allah SWT berfirman dalam Surah At-Taubah ayat 20 yang bermaksud:

"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan diri, mereka adalah lebih tinggi darjatnya pada sisi Allah SWT.Mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. "
Andai sebuah penghijrahan itu tidak di uji tiada manislah perjuangan menuju ...ke destinasi.Tidak akan kau rasa nikmat perjuangan membela & menjaga amanah hijrah yang di kurnia Allah SWT kepadamu.Jangan pernah letih untuk mengubah diri & ingatlah setiap sesuatu yang engkau lakukan baik/buruk tiada satu pun terkecuali dari pengetahuan Allah SWT.Maka,tatkala jalan terang sudah dihadapan,adakah kau rela terjerumus lagi ke lembah hitam sedangkan petunjuk dariNYA sudah terbentang.Jika engkau begitu,engkaulah penzalim itu.Ya Penzalim pada Tuhan & penzalim pada dirimu sendiri.
Ingatlah Allah SWT berfirman,

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapt seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. Mereka berdoa:

Ya Tuhan kami! Janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah.

Ya Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami.
(Surah Al-Baqarah: ayat 286)
Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Engkau telah menciptakan diriku, aku adalh hamba-Mu dan telah berjanji untuk mentaati-Mu sebatas kemampuanku. Aku berlindung kepada Engkau dari keburukan hal yang telah ku lakukan. Aku mengakui semua nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku dan aku mengakui dosa-dosaku yang telah ku lakukan. Oleh kerana itu, ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa, selain Engkau. Amin Ya Rabbal Alamin.

# Ujian adalah peningkatan darjat atau satu tanda AMARAN.

Friday, March 22, 2013

Allah Maha Mengetahui

Allah mengetahui akan keindahan Alam itu bukan sahaja pada Alam ciptaanNya,
Tapi juga ada di sebalik wanita berhijab.

Orang yang mengerti MAKNA INDAH sahaja yang akan memakai Hijab bagi menutup segala Auratnya,
Kerana sesungguhnya ketika berhijab itulah hakikatya mereka sedang Berhias kerana Allah.

Ruginya orang yang berhias kerana Manusia(langgar tinta Allah).
Mereka yang melanggar tinta Allah itu tidak sesekali mengerti apa itu makna KEINDAHAN,
Itu sebab berbagai jenis pakaian di kenakan.

Beruntung mereka yang masih berhijab+purdah.
Kerana mereka tahu mereka itu Hiasan,
Hiasan Luaran itu batiniah mereka,
Dan hiasan dalaman itu Zahiriah mereka.

Jadilah mereka yang berpakaian kerana Allah,
Jadilah mereka yang berniat semua kerana Allah.

Wednesday, March 20, 2013

‘Niqobis’ Alam Maya

   


kepelikan ketara yang sering dilihat pada niqobis yang aktif di alam maya :

1- Bergambar.
Bergambar dalam jarak jauh dan jika tersiar pun, dalam saiz yang kecil pada saya tidaklah menjadi masalah. Jika jarak jauh dan saiz kepala pula hanya sebesar kepala mancis, tiada siapa yang akan tertarik. Yang kenal pun, tentulah kenalan rapat sendiri sahaja. Tetapi jika diletak dengan sebesar-besarnya, sehingga begitu jelas bulu mata yang lentik dengan sekeliling mata berhias celak, itu jelas sekali bertentangan dengan objektif memakai purdah itu sendiri. Meskipun hanya mata yang kelihatan, tetapi jika sejelas itu terpampang, sudah tentu bisa jua mencairkan hati anak adam. Anda sedang meletakkan magnet yang menarik fitnah. Apakah anda fikir jelingan mata anda itu bebas daripada virus fitnah wanita yang disabdakan oleh Nabi s.a.w ..?
2- Tabarruj
Ada beberapa ciri asas dalam tabarruj, antaranya adalah jenis pakaian yang boleh menarik perhatian lelaki ajnabi dan memakai bau-bauan yang kuat. Ramai niqobis yang seolah keliru dengan diri sendiri. Asalnya memakai purdah dan berbaju labuh untuk mengelak dari menarik perhatian atau menimbulkan fitnah, tetapi lama kelamaan seolah mengambil kesempatan pula ke atas pakaian labuh dan purdah. Daripada satu warna, menjadi banyak warna. Daripada kosong semata, jadi berhias pelbagai manik berkelipan pula. Sudahnya, makin lama makin pelik. Lebih pelik, tangkap gambar banyak-banyak dan masukkan dalam blog secara bersiri. Untuk apa?
3- Mendedahkan aurat
Sudah banyak dijelaskan di sana sini, bahawa menutup aurat itu bukan bermakna menutup rambut. Ada beza yang besar antara keduanya. Jika anda mahu ikut kefahaman sendiri, anda boleh tutup rambut dengan scarf sahaja. Tetapi jika anda mahu ikut Islam, anda wajib menutup seluruh rambut dengan melabuhkan tudung ke bahagian dada, serta memakai baju yang labuh dan tidak menampakkan bentuk badan. Barulah anda diiktiraf sebagai menutup aurat. Yang akan mengiktiraf itu adalah Allah, bukannya manusia. Tetapi saya lihat, ramai niqobis yang tidak mengupgrade disiplin pemakaian mereka sesuai dengan tuntutan syarak, sebaliknya menambah sehelai kain untuk menutup sebahagian muka pula. Ini pelik.
Dengan tabiat yang suka memakai t-shirt dan seluar jeans, dia menambah sehelai kain di muka lalu memanggil dirinya sebagai wanita berpurdah. Ini gharib. Ada juga yang bertudung silang ( tidak dilabuhkan ke dada ) tetapi memakai purdah. Ini juga gharib.
Dalam kesemua yang saya lihat dan perhatikan, saya fikir, sesiapa yang mahu memakai purdah, perlulah berhati-hati. Kenapa?

Pertama : Anda malu dengan manusia. Di dunia ini pun anda sudah merasa malu, kerana anda dilihat sebagai jahil dan aneh. Memakai serban tetapi berseluar pendek, ibaratnya begitu.
Kedua : Di akhirat kelak, anda akan ditanya oleh Allah atas apa yang anda pakai di dunia. Tidak cukup bab tidak menutup aurat dengan sempurna, ditambah pula dengan bab mengapa memakai sehelai kain di muka sedangkan perintah menutup aurat diabaikan. Dari satu hal bertambah jadi dua hal semata-mata kerana anda gatal tangan mahu memakai purdah tanpa terlebih dahulu menjelaskan niat kerana Allah. Itu cari penyakit namanya.

sila berhati-hati jika ingin memakai purdah. Apabila anda meletakkan diri anda di tahap itu, maka mahu atau tidak, anda perlu menjadi sepertimana orang yang berada di tahap itu. Baik dari segi perkataan, perbuatan mahupun pemakaian. Sebenarnya, semua itu tidak akan membebankan anda pun jika anda benar-benar ikhlas memakai purdah. Tetapi jika sebaliknya, kekallah anda dalam ‘azab’ kegelisahan yang berpanjangan.

Fikir-fikirkanlah.

Tuesday, March 19, 2013

JATUH CINTA


assalamualaikum...
hari nie cerite tentang pentingnya jatuh cinta kepada ALLAH..

Allah bagi hati dan perasaan kasih tu, sebenarnya sebagai suatu ujian. Allah nak tengok dan uji, sama ada dengan perasaan yang Allah beri itu, kita akan gunakan untuk jatuh chenta denganNya atau jatuh chenta dengan makhluk lain dahulu!Benar dalam hati ada taman. Benar dalam hati ada bunga. Namun taman itu perlu ditanam dengan benih-benih bunga chentaNya sebelum benih-benih bunga kechentaan pada yang lain!

Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Tiga sifat, barangsiapa mempunyai sifat-sifat yang berikut akan merasai kemanisan iman: Pertama, mereka yang mencintai Allah SWT dan Rasul SAW lebih dari segala sesuatu. Kedua, tidak mencintai seseorang kepada seseorang yang lain kecuali kerana Allah SWT. Ketiga, seseorang yang membenci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api."

[Hadith Riwayat Bukhari]

Ya, ia satu ujian. Perasaan cinta ada suatu perasaan agung yang mulia. Maka perasaan sehebat itu sewajarnya disalurkan kepada Yang Maha Agung pula!

"Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka, siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya."
[al-Kahfi, 18:7] 

Terbukti, perasaan cinta yang terbit daripada hati itu hanyalah suatu ujian, untuk menilai siapa di kalangan kita yang lebih beriman! 

Maka saya ingin mengajak diri saya sendiri dan anda semua untuk kita sama-sama jatuh cinta berguling-guling dengan Allah dahulu, sebelum sesuatu yang lainnya. Kerana sesungguhnya kita punya terlalu banyak sebab dan alasan untuk jatuh cinta padaNya.

Allahlah yang memegang hati-hati kita. Dia juga yang memberikan rasa cinta. Maka selayaknya Dialah yang kita cintai dahulu.

Allahlah yang memegang hati-hati manusia yang lainnya. Maka sekiranya kita mahu mencintai mereka, cintailah Allah terlebih dahulu, kerana pasti Dia tidak akan mengecewakan kita.

Allahlah yang telah memberi sejuta satu nikmat kepada kita tanpa harga dengan percuma! Dan walau kita seringkali menjadi hambaNya yang derhaka, Dia tetap mengasihi kita sepenuhnya tanpa syarat mahupon denda! Nah, bukankah itu sudah cukup untuk menjadikan kita jatuh cinta..??

Allahlah yang menjadi tempat mengadu kita di kala hati berduka dan jiwa terseksa. Dia punya cara yang tersendiri untuk merungkaikan kegelisahan di hati dan keserabutan di kelapa. Dan kita sering berjumpa dengan ketenangan yang dicari dengan kita kembali kepadaNya. 

Dan Allah tinggalkan kita dengan ayat-ayat cintaNya yang penuh dengan sentuhan-sentuhan yang membasahkan jiwa. Dia turunkan ar-Rasul sebagai guru cinta kita semua. Aduhai, bukankah itu manifestasi agung kecintaan Dia kepada kita..?? 

Tidak cukupkah lagi sebab dan alasan untuk kita tidak menchentaiNya sepenuh hati kita..? Belum sampaikah masanya untuk kita mencurahkan segala isi hati dan kechentaan kita padaNya sebelum sesuatu yang lainnya..? Dan tidak malukah kita, betapa Allah menchentai kita sesungguhnya dan kita langsung tidak peduli untuk membalas chentaNya..??

"...Bila kamu mendekati AKu satu jengkal, Aku mendekatimu satu hasta. Bila kamu mendekati Aku satu hasta, Aku mendekatimu satu depa. Bila kamu datang kepada-Ku dengan berjalan kaki, Aku datang kepadamu berlari-lari."

[Hadith Riwayat Bukhari]

Allahu Allah. Senyum, air mata mengalir perlahan.

Cintailah manusia sepenuh hatimu, dan tidak mustahil kamu akan dikecewakan. Tetapi cintailah Allah sesungguhnya dan sepenuh perasaan, yakinlah, Dia tidak akan mengecewakan..!

Sunday, March 17, 2013

Bila peraturan tidak mengizinkan pemakaian purdah

Aku percaya ada segelintir si purdah kat IPTA atau kerja kerajaan yang tak boleh pakai purdah dilema dengan peraturan tu.

  Kalau orang tanya aku, aku jawab, ikut jela peraturan tu. Bukan bermaksud mengalah, tapi bagi aku benda macam ni kena ada tolak ansur. Asalkan dia tak kata kakitangan LANGSUNG tak boleh pakai purdah. Tu lagi naya.
 
  Dalam situasi aku sendiri pun, bila masih bergelar seorang mahasiswa di sebuah IPTA...alhamdulillah, di kampus ku, aku masih berpeluang untuk memakai purdah di kampus kecuali time lecturer mengajar...alhamdullilah, semoga aku terus dapat memakainya dan istiqamah dalam pemakaiannya di kampus.

  Bayangkan, kalau kita tolak ansur, tak pakai purdah time kerja. Pekerja-pekerja lain pun tak boleh cakap apa. Paling kuat pun cakap,

  “Eh, dia kat luar pakai purdah tau.”

  Tapi ayat tu normal la.

  Bayangkan, kalau kita tetap degil nak pakai. Bos bagi surat amaran, pekerja-pekerja pun ngomel,

“Dia ni tak faham bahasa ke? Purdah tu bukan wajib pun, sibuk nak pakai.”

  Kemudian si purdah dilabel ‘Si Degil’. And kalau ramai si purdah buat macam ni, maybe pihak atasan akan mula tapis untuk ambik si purdah sebagai pekerja. Tak ke naya semua orang? Dan bagi aku kalau nak pakai jugak, buatlah surat pengecualian. Guna jalan baik. Jangan memberontak, ikut kepala kita sendiri.
  Dalam situasi aku sendiri yang sedang praktikal di salah sebuah institusi kerajaan juga, aku tidak berpurdah..sbb kene mengikut peraturan ditempat aku berpraktikal..bagi ku, ikut sahaja peraturan yang telah ditetapkan...Bila seseorang membuka purdahnya, janganlah menganggap, si pemakainya tidak istiqamah, malah beranggapan, memakai purdah hnyalah sekadar main-main..terdapat bnyak faktor yang menyebabkan seseorang itu tidak berpurdah...hanya Allah yang tahu niat dihati kita....
*********************************************************************************


  Aku rasa, ni jela yang aku nak kupas harini. Mudah-mudahan bermanfaat, mudah-mudahan si purdah dan bakal si purdah faham betul-betul tentang etika purdah ni.

  Tolong kaji dan fahami sepenuh hati tentang purdah. Lepas tu nak pakai, pakai la. Biar kita pakai dengan ilmu penuh kat dada. Bila orang tanya nanti, takde la tersedak, terkilan. Jangan jadi nila setitik yang merosakkan susu sebelanga.

  Kerana seorang si purdah yang cacat cela berpurdah tanpa ilmu, masyarakat hukum semua si purdah yang ada depan mata.

  Pegang erat-erat pernyataan ni.

  “Bidadari dunia tidak memandang dan tidak dipandang.”