INDAH KATA


"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar."(surah Al-Ahzab ayat 35)

Sunday, January 12, 2014

sebuah penghijrahan



penghijrahan atau perubahan tak cukup, tak lengkap, tak perfect jika sekadar bergenang air mata dikala dai'e berbicara tentang Allah, ibu, ayah.

jika kita menangis namun tiada penghijrahan terhadap diri, tersangatlah rugi. 

perubahan/penghijrahan itu bermula niat yang ikhlas kerana Allah bukan ibu, ayah, guru, kawan.

muhasabah diri itu penting.apabila diri ini diaudit dosa dan pahala, amat terasa begitu kecil dan hamba diri kita. kita hamba Allah yang kerdil.

kita menuju mengambil wudhu' dan terus berdiri di hamparan sejadah.tatkala diri yang hamba ini sujud kepada Allah, sungguh terasa hudup ini bergantung pada Allah bukannya pekerjaan, pangkat, harta.

kita menadah tangan berdoa dan memohon keampunan pada Allah. tanpa kita sedari sekali lagi air mata kita jatuh. hati ini bertekad sudah untuk berhijrah. tinggalkan dunia untuk agama. jadi anak yang solehah yang mampu membawa ibu bapa ke syurga kelak.

namun, semua ini perlukan pengorbanan. relakah kita? walau pahit pengorbanan ini, relakan dirimu untuk mencari mardhatillah. yakinlah pada diri, Allah sentiasa bersamamu walau manusia mencaci diri ini.

itulah sebenarnya titik-titik permulaan penghijrahan.

No comments:

Post a Comment