
Ibrahim bin Adham berkata:
Hati buta disebabkan 10 perkara:
1) Kamu mengenal ALLAH, tetapi kamu tidak tunaikan hakNya..
2) Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah SAW tetapi kamu tinggalkan sunnahnya..
3) Kamu telah membaca al-Qur'an, tetapi kamu tidak beramal dengannya..
4) Kamu telah makan nikmat-nikmat ALLAH, tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya..
5) Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya..
6) Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya..
7) Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya..
8) Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya..
9) Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri..
10) Kamu kebumikan mayat-mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar yakni pelajaran daripada mereka..










No comments:
Post a Comment