INDAH KATA


"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar."(surah Al-Ahzab ayat 35)

Tuesday, February 19, 2013

FAHAMI KHILAF DALAM BERPURDAH


FAHAMI KHILAF

Terlebih dahulu, mari kita fahami tentang khilaf. Apa itu khilaf?
Khilaf adalah perbezaan pendapat di kalangan ulamak kerana tidak adanya dalil yang benar-benar sahih dan menunjukkan kepada hukum tersebut. Khilaf ini terjadi dalam bab Fiqh, tetapi tidak dalam bab Akidah. Natijahnya membawa kepada pengamalan yang berbeza-beza tetapi saling berlapang dada. Boleh jadi yang satu betul, boleh jadi yang satu lagi lebih tepat.
Dalam masalah purdah, ia adalah khilaf sejak sekian lama. Masing-masing telah menerima sebagai perbezaan pendapat yang terpulang kepada individu untuk mengambil pendapat yang diyakini lebih baik. Ada yang berpegang dengan hukum wajib, lalu digenggam sebagai wajib. Ada yang berpegang dengan hukum sunat, kalau pakai dapat pahala tapi kalau buka tidak berdosa, lalu itulah pendiriannya. Dan juga, ada yang berpendapat ia sebagai mubah ( harus semata-mata ) lalu mereka berpegang atas pendirian tersebut.
Konklusi dalam perkara ini, masing-masing kena berlapang dada. Bagi yang berpegang dengan hukum wajib, janganlah sampai memaksa orang lain untuk pakai atau menghukum orang yang tidak pakai. Bagi yang berpegang dengan hukum harus, tidak boleh sinis dengan yang bertegas dengan memakainya sebagai wajib. Manakala bagi yang berpegang dengan hukum sunat, tidak boleh dipandang sebagai berdosa sekiranya dia meninggalkan amalan sunat tersebut.
Umpama seorang sahabat kita yang setiap hari masuk masjid akan bersedekah RM2 ke dalam tabung masjid. Suatu hari dia meninggalkan amalan tersebut, maka kita tidak boleh menganggapnya sebagai berdosa kerana dia mempunyai pilihan samada mahu bersedekah ataupun tidak.

No comments:

Post a Comment