Ada seorang guru menyuruh anak muridnya melukis gambar bunga mawar. Jadi, anak muridnya itu bersungguh-sungguh melukis gambar bunga mawar tersebut. Hasilnya, ada seorang anak murid(A) melukis satu gambar bunga mawar yang sangat buruk rupanya kerana murid tersebut memang tidak pandai melukis.
Cikgu itupun menilai gambar tersebut," walaupun tak cantik, janji ada rupa bunga mawar pun ok lah" dan cikgu itu terus memberi markah pada lukisan tersebut. Datang seorang lagi murid(B) menghantar lukisan yang baru siap, alangkah terkejutnya cikgu itu apabila melihat gambar yang dilukis sungguh cantik dan seakan-akan hidup. Tapi yang menghairankan cikgu, gambar yang dilukis bukanlah bunga mawar.
Murid(B) tersebut telah membuat kesilapan besar dengan melukis gambar bunga raya. Walaupun lukisan itu terlalu cantik, namun cikgu tersebut terpaksa memberi markah kosong kerana lansung tidak menepati syarat." Murid(A) walaupun lukisannya tidak cantik, tetapi dia telah mengikut syarat yang ditetapkan. Namun sebaliknya bagi murid(B), walaupun cantik tapi tidak mengikut arahan gurunya tersebut. Kosonglah jawabnyakan..
Jadi begitulah kejayaan kita dalam hidup, Allah telah beritahu bahawa hanya dengan cara yang diajarkan oleh nabi SAW yang membawa kejayaan dunia dan akhirat. Selain dari cara nabi SAW lansung tidak ada kejayaan. Taatlah perintah Allah dengan mengikut cara yang telah Nabi kita ajarkan. InsyaAllah Wallahua'lam ....
No comments:
Post a Comment