INDAH KATA


"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar."(surah Al-Ahzab ayat 35)

Tuesday, February 19, 2013

PURDAH ON OFF


FAKTOR PURDAH ON-OFF
Saya pernah diajukan soalan seperti ini, dan saya memberikan pandangan saya.
Muslimat yang memakai purdah tetapi on off, sebenarnya tidaklah berpunca dari satu faktor sahaja.
Inilah masalah kita apabila memandang sinis dan mudah prejudis dengan saudara sendiri dalam bab ibadah. Bila seseorang saudara kita jarang ke masjid untuk solat berjemaah seperti kita, maka saudara tersebut dipandang serong bukannya didekati ataupun diusaha untuk berbaik sangka. Purdah juga begitu. Bila seseorang membuka purdahnya, maka kita cenderung melihat satu faktor sahaja ; tidak istiqamah, pakai main-main dan sebagainya.
Walhal, bukankah ada banyak lagi faktor lain seseorang itu membuka purdahnya?
Ada yang disebabkan keperluan pekerjaan. Boleh jadi situasi pekerjaan yang dipilih lebih memudahkannya jika tidak berpurdah. Apatah lagi dalam suasana di Malaysia, bukan di tanah arab.
Ada yang disebabkan tempat belajar yang tidak membenarkan pelajar memakai purdah..
Ada yang disebabkan keluarga. Boleh jadi keluarganya akan berkecil hati jika anak gadis mereka berpurdah meskipun bersama mereka dalam aktiviti kekeluargaan.
Ada juga disebabkan tuntutan dakwah. Boleh jadi bagi mereka, strategi dakwah tanpa purdah lebih berkesan mendekati mad’u berbanding memakai purdah.
Banyak lagi faktor-faktor yang lain seseorang itu membuka purdahnya. Bukan satu faktor sahaja.
Justeru, apakah kita hanya ingin bertegak atas suatu prejudis dan prasangka semata-mata?
Ia menghilangkan nikmat ukhwah dan mencacatkan persaudaraan..
BERSANGKA BAIK...

1 comment:

  1. Wa'alaikumsalam wbt..

    Ana stuju dgn pendapat ukhti pasai ana juga tergolong dalam mereka yg terpaksa on off bniqab dek kekangan kerja..

    Semoga Allah redha..

    ReplyDelete