INDAH KATA


"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar."(surah Al-Ahzab ayat 35)

Tuesday, May 21, 2013

JIKA AKU PILIHAN HATINYA


Bismillaahirrahmaanirrahiim...

Yaa RAHMAAN...
Jika aku pilihan hatinya,
Aku tak ingin dia mencintaiku kerana kelebihanku...
Kerana dibalik 1 kelebihanku ada 1000 kekuranganku...

Yaa RAHIIM...
Jika aku pilihan hatinya,
Aku tak ingin dia mencintaiku kerana kecantikan ku,,,
Kerana kecantikan ku akan pudar termakan waktu...


Yaa MALIK...
Jika aku pilihan hatinya,
Aku tak ingin dia mencintaiku kerana harta dan martabatku...
Karna aku tau sesungguhnya hanya IMAN
dan TAQWA yang jadi pembeza makhlukMU...

Yaa QUDDUUS...
Jika aku pilihan hatinya,
Aku tak ingin dia mencintaiku kerana ketegasanku...
Kerana jujur aku sering rapuh menghadapi ujianMU....

Yaa SALAAM...
Jika aku pilihan hatinya,
Aku tak ingin dia mencintaiku kerana kesabaranku..
Kerana sebenarnya aku sering mengeluh akan cobaanMU...


Yaa MU'MIN...
Jika aku pilihan hatinya,
Aku tak ingin dia mencintaiku kerana belas kasihan...
Kerana sesungguhnya aku tak berharap belas kasihan dari makhlukMU...

Yaa MUHAIMIN...
Jika aku pilihan hatinya,
Aku hanya ingin dia mencintaiku keranaMU...
kerna aku tahu hanya cinta keranaMU Lah
yang membawa kebahagiaan dunia dan akhirat...

Yaa 'AZIIZ...
Jika aku pilihan hatinya,
Dan jika dia pilihanMU untukku...
Maka panjangkan umurku dan umurnya...
Serta satukanlah kami dalam hubungan halal yang akan selalu mendapat RedhaMU...

Insya Allah..aamiin ya Robbal'alaamiin ...

No comments:

Post a Comment