INDAH KATA


"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar."(surah Al-Ahzab ayat 35)

Thursday, January 17, 2013

~NILAI SEHELAI KAIN KECIL~

Harganya tidak mahal. Saiznya juga tidak besar.

Tidak semahal baju, tidak sebesar jubah.

Ia cuma sekeping kain yang digunakan untuk menutup wajah, kecuali sepasang mata.

Namun ramai orang memandang ia sekadar sekeping kain yang murah. Ramai juga orang menilai, ia sekadar penutup kepada wajah supaya ‘tidak dikenali’.

Hakikatnya, sekeping kain itu cukup mahal. Bukan pada harganya, tapi pada nilainya yang tersendiri. Nilai yang tersurat, juga nilai yang tersirat.

Bagaikan ada suatu tarikan tersendiri kepada wanita yang mengenakan sekeping kain itu di wajah mereka. Bukan tarikan fitnah manusia, sebaliknya tarikan kepada rahmat Allah sehingga menjadikan mereka mulia.


Tidak semestinya ustazah, tidak semestinya guru agama. Mulia itu Allah beri kepada mereka yang mengenakannya atas nama Taqwa. Itu yang menjadikan mereka tinggi di mata manusia.

Sudah tentu, bukanlah ketinggian di mata manusia itu suatu yang dicita-cita, tetapi itulah kurniaan Allah kepada hamba-hamba yang dipilih-Nya. Allah memuliakan siapa yang Dia mahu, dan menghinakan siapa yang Dia mahu.

Muslimat yang memilih untuk menutup wajah mereka agar dirinya lebih terpelihara dari fitnah dunia, akan dikurniakan Allah akan suatu nikmat kehidupan dunia yang tidak dirasai oleh sesiapa yang tidak memakainya.

” Saya rasa lebih tenang dan selesa “

” Alhamdulillah..rasa terjaga apabila bergaul dengan manusia “

Selesa, tenang dan bahagia itu letaknya di HATI.


Manusia yang memilih untuk mendekati Allah dengan wasilah-wasilah kebaikan, umpama mereka menempah kebahagiaan khusus dengan Allah. Dan Allah berikan kebahagiaan itu khusus ke dalam hati-hati mereka.

Nampak kolot, tapi hati damai.

Nampak ‘mudah dibuli’ tetapi mendapat penuh penghormatan.

Nampak tak menarik, tapi menarik rahmat dari ALLAH.

ALHAMDULILLAH...SEMOGA DIRI INI TERUS ISTIQAMAH MEMAKAINYA HNYA UNTUK MENDAPATKAN KEREDHAAN DARI MU YA ALLAH.

Allah menilai hati, bukan sekeping kain.

Tetapi sekeping kain yang dipakai kerana ALLAH, impaknya sungguh agung melangkaui nilaian insan.

Justeru, keagungan dan nilai yang tinggi itu jangan dipersiakan...

2 comments:

  1. Suke entri tntang 'kain kecil' ney kak.. :)
    Semoga dapat jugak merasa manisnya memakai 'kain kecil' ni satu masa nanti..insyaAllah (^__^)

    ReplyDelete
  2. Assalamualakum....
    saye tertarik dgn entri saudari tntng indahnye "kain kecil"
    semoga Allah memberi keizian n kekuatn pada diri ini suatu hari.
    Insya Allah,mdhan2.
    Amin.:)

    ReplyDelete