Alam sebuah perjalanan,Allah amanahkan sbuah Perjuangan..terimalah dgn kekuatan..kadang2 sakit yg mendatang,kdang2 teman xsehaluan,kdg2 kcemerlngn gagal di capai..NAMUN.. itulah ujian..mencari REDHA ALLAH..senyum kerana terluka.. menangis kerana takutkanNYA.. SENYUM MUJAHID MEMBURU SYAHID..memacu kebangkitan mrintis kemenangan.. SAHABATKU..takutlah kpd ALLah krna itu kita dpt mgatasi sgla ktakutan..kesushn kegagalan kita di dunia yg membelenggu kita..jgn putus asa..pohonlah rahmat dari ALLAH
INDAH KATA
"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar."(surah Al-Ahzab ayat 35)
Wednesday, January 16, 2013
DEDIKASI WANITA SYURGA
Dirimu insan telah berikrar setia
Menunaikan tugas mulia muslimah sejati
Bersabar menghadapi rintangan mendatang
Membina cita-cita mulia demi redha ILAHI.
Akhlakmu mempesona, sopan menyejukkan mata
Tutur bicaramu melegakan jiwa lara
Penampilanmu terhias panduan agama
Perisai malu pakaian peribadimu
Semangat juangmu membara dalam jiwa.
Segala keindahan sempurna bersatu dalam dirimu
Selayaknya menjadi wanita dirindui Syurga
Ketahuilah wahai muslimah yang luhur
Kehilanganmu bererti ketiadaan generasi manusia
Kebaikanmu bererti kebaikan segenap semesta
Keburukanmu bererti kehancuran tiang negara.
Aduhai saudari,kau mukminah solehah,
Tidak pernah kita temui kenikmatan hakiki tanpa perjuang sejati,
Tidak pernah kita perolehi bahagia tanpa pengorbanan tiada henti
,
Segala kita persembahkan demi martabat agama tidak sia-sia.
Ibarat cahaya ia akan sentiasa menerangi,
Ibarat pohon rendang ia akan menaungi,
Ibarat bunga mawar ia sentiasa harum mewangi.
Senyumanmu,akhlakmu juga budi pekertimu,
Menjadi kekuatan,kemewahan serta kekayaan sejati,
Indahkan sahsiahmu sesuci fitrah insani,
Disayangi makhluk duniawi,
Dirindui hati-hati yang mencintai ILAHI,
Dicemburui bidadari syurgawi,
Juga dikasihi dan diredhai ILAHI.
Yakinlah muslimah mukminah solehah,
Keindahan sanubari,
Kedamaian hati,
Ketenteraman batini,
Kelembutan sahsiah diri,
Terpancar dari hati tulus ikhlas,
Memilih jalan mulia ini,
Jalan dihampari duri-duri,
Yang mungkin tertusuk di kaki.
Namun memenuhi setiap sudut di hati,
Inilah jalan hakiki menuju ILAHI,
Teguh menelusuri al-Haq dengan iman,
Membasmi batil dengan gagah berani,
Tidak pernah gentar dan takut mati,
Semoga dirimu,benar-benar dicintai RABBI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment