INDAH KATA


"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar."(surah Al-Ahzab ayat 35)

Sunday, January 12, 2014

sebuah penghijrahan



penghijrahan atau perubahan tak cukup, tak lengkap, tak perfect jika sekadar bergenang air mata dikala dai'e berbicara tentang Allah, ibu, ayah.

jika kita menangis namun tiada penghijrahan terhadap diri, tersangatlah rugi. 

perubahan/penghijrahan itu bermula niat yang ikhlas kerana Allah bukan ibu, ayah, guru, kawan.

muhasabah diri itu penting.apabila diri ini diaudit dosa dan pahala, amat terasa begitu kecil dan hamba diri kita. kita hamba Allah yang kerdil.

kita menuju mengambil wudhu' dan terus berdiri di hamparan sejadah.tatkala diri yang hamba ini sujud kepada Allah, sungguh terasa hudup ini bergantung pada Allah bukannya pekerjaan, pangkat, harta.

kita menadah tangan berdoa dan memohon keampunan pada Allah. tanpa kita sedari sekali lagi air mata kita jatuh. hati ini bertekad sudah untuk berhijrah. tinggalkan dunia untuk agama. jadi anak yang solehah yang mampu membawa ibu bapa ke syurga kelak.

namun, semua ini perlukan pengorbanan. relakah kita? walau pahit pengorbanan ini, relakan dirimu untuk mencari mardhatillah. yakinlah pada diri, Allah sentiasa bersamamu walau manusia mencaci diri ini.

itulah sebenarnya titik-titik permulaan penghijrahan.

Niqabku, Pilihanku


Untukmu Wahai Mutiara Kehormatan...
KEEP ISTIQAMAH WITH OUR PURDAH YA AKHWATI FILLAH.

Aku berniqab bukan mahukan pujian...
Aku berniqab bukan mahu menunjuk alim...
Aku berniqab bukan mahu menunjukkan diriku hebat... 



Tapi aku ingin rendahkan diriku sebagai seorang hamba Allah yg daif... 
Jika kamu ingin terus menabur fitnah...teruskan dengan ceritamu itu...
Silakan...aku tidak layak menghukum...tapi aku punya ALLAH...
Aku berlindung cuma dengan nama Allah dari setiap kejahatan manusia...
Aku tak sempurna...usah kata diriku sempurna...




Jika aku melakukan kesilapan...jangan terus melatah menunug jari...
Tapi aku sedang berusaha menjadi seorang berakhlak dan berilmu...
Aku sedang berusaha...
"BERUSAHA" sebab Allah yg datangkan rasa itu pada ku...
bukan kamu dan bukan juga dia...



Jangan kamu sewenang2nya mempersoal tetang niqabku...
Jika kamu tidak tahu apa niatku...
Apa sebabku...
Aku tetap KETAWA walau aku di Hina...
Aku tetap SENYUM walau hatiku terguris...
Aku tetap TABAH walau aku dalam Ujian dan Dugaan...
Aku tetap SEMANGAT walau aku tertekan oleh kesakitan yg ku alami...
Namun yg penting aku tetap SABAR...

Semua ini adalah 'Ujian' dan akan mendatangkan 'Kebaikan' saja...
Islam itu indah dan CANTIK...
Kerana indah dan cantiknya AKHLAK...
Yang menghiasi peribadi WANITA SOLEHAH...
Suatu hari nanti, jika Allah wujudkan perasaan itu terhadap kamu...
Kamu akan tahu...
INSYAALLAH...♥♥ :-)) 

Monday, June 17, 2013

walau jauh, tetap dekat

alhamdulillah 15.06.2013, berkesempatan menghadiri kenduri di bukit rang pulau tawar...
walaupun, adik ku yg tersayang tidak ada di malaysia...aku tetap jugak pergi ke rumahnya..di rumahnya ada kenduri abangnya...lagipun dah bnyak kali jugak aku penah pergi kerumahnya...

sebelum sampai ke rumah adikku @ sahabat baikku ini, aku terlebih dahulu pergi ke rumah kawan ku...rumah diorg agak dekat..so, aku pun parkingla kereta di rumahnya...sampai di rumahnya, kami pun jalan kaki ke rumah adik ku itu..semakin hampir dengan rumah nya...semakin berdebar hati ku..tak tau lah kenapa aku berperasaan seperti tu...sampai rumah kenduri, semua org pandang..mcm lah aku nie pengantin pada hari itu..nak kata comel sngat, ramai lagi yg lebih cntik dan lawa...aku hnya pakai jubah + tudung labuh + purdah..mungkin inilah sebabnya aku menjadi tarikan org2 kat sana..

sampai ke tempat kenduri, kawan ku terus ajak aku makan...almaklumlah,,kawanku itu tidak bersarapan lagi...jadi aku pun makanlah..time makan, ada sahaja yg pandang pelik ke padaku...macam biasalah...aku buat2 mcm tak de perasaan lah...padahalnya, cukup lah malu sbb ramai org pandang...

selepas makan, aku terus masuk ke rumah untuk berjumpe emak adik ku ini...mak di kelihatan sangat gmbira, bila aku sampai...yelah, anak sulung perempuannya tak de kat sana...biarpun kamu jauh dimata...tapi sentiasa dekat di hati...lepas borak2 dengan mak adik ku ini...aku pun masuklah rumah, tgk pelamin yg tersergam indah..putih + merah..sngat cntik..

mula, tgk je pelamin tu...lepas tu, aku dgn kawan2 ku pun bergambrlah...sebelum aku bergambar, aku buat video call dengan adikku yg berada kat new zealand...walaupun adikku ini sedang berjuang menyiapkan asgmnt nya yg terakhir untuk sem nie...aku tetap berkesempatan, berbual dengannya...bg die tgk pelamin abg die...hihihi..teknologi sekarg, membuatkan hubungan kami lebih erat..adikku inilah, yg sentiasa ada bila aku ada masalah..biarkan kami berjauhan, aku tak penah rase die jauh...kami akan sentiasa bagi nasihat antara satu sama lain..lepas borak2 dengan die, aku bg peluang kat adik bongsu die pulak cakap..adiknya tak sekolah lagi klau tak silap aku..adik die mcm nak nangis pun ada dapat cakap dengan akaknya yg tak de kat majlis tu...tapi yg lebih sensitif, kawan ku sorg nie..boleh pulak die nak nangis jugak...terlebih emosi pulak die...yg terakhir, aku bg peluang kat adikku tu cakap dengan ayahnya...

sebelum kami balik...kami jumpa dengan mak adikku itu..terus ada mak cik yg tanya siapa nie...pastu mak die pun kata, kawan kakak...tetiba rase sedih pulak nak balik...Sebelum balik, rombongan pengantin datang, berpeluanglah aku melihat abg dan akak iparnya...^_^


~WALAUPUN JARAK MEMISAHKAN KITA, TAK PERNAH AKU MERASAKAN DIRIMU JAUH DARI KU, KERANA BILA ADA MASALAH, KAMU PASTI ADA UNTUK MEMBERIKAN AKU SEMANGAT DAN NASIHAT~

Monday, June 3, 2013

"AKU HANYA INGIN PASANGAN SEDERHANA"





Aku hanyalah wanita biasa.
Aku bukanlah wanita berwajah cantik mempesona.
Aku juga bukanlah wanita yang punya segalanya.

Aku hanya ingin pasangan sederhana.
Aku tidak ingin menilai setampan apa rupanya.
Aku tidak ingin menilai sebanyak apa hartanya.
Aku tidak ingin menilai setinggi apa tahtanya.
...
Pasangan yang suka beramal sholeh.
Pasangan yang mengharapkan redha_Nya.
Pasangan yang akan membawa keberkahan_Nya.
Aku berharap kelak pada suatu waktu.
Aku dipertemukan dengan pasangan pilihan_Nya.

Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada_Nya.
Seorang lelaki yang mengikuti sunnah Rasul_Nya.
Seorang lelaki yang berpedoman pada Kitab_Nya.
Seorang lelaki yang mau menerima kekuranganku.

Yang akan mampu membimbing hidupku.
Yang akan mampu mengisi hari-hariku.
Yang akan menahkodai bahtera rumah tanggaku.
Yang mencintaiku tanpa menuntut kesempurnaan-ku.

Aku ingin menyayanginya dengan sederhana.
Aku harap dia menyayangiku secara sederhana juga.
Sesederhana aku dalam mencintainya.
Biarlah saat ini aku menyemai cinta bersama_Nya.
Menyemai kerinduan akan wajah_Nya.
Sebelum aku dipertemukan dengannya.

Kelak akan kubangun Istana Indah.
Walau hanya pondok kecil dari bambu.
Kan kupagari ketulusan cinta dan kasih sayang.
Kan kujadikan pondokku sebagai Syurga bagi Suami dan anakku.

Hanya satu cita-citaku.
Yaitu ingin menjadi seorang Isteri Cerdik Yang Solehah

Tuesday, May 21, 2013

JIKA AKU PILIHAN HATINYA


Bismillaahirrahmaanirrahiim...

Yaa RAHMAAN...
Jika aku pilihan hatinya,
Aku tak ingin dia mencintaiku kerana kelebihanku...
Kerana dibalik 1 kelebihanku ada 1000 kekuranganku...

Yaa RAHIIM...
Jika aku pilihan hatinya,
Aku tak ingin dia mencintaiku kerana kecantikan ku,,,
Kerana kecantikan ku akan pudar termakan waktu...


Yaa MALIK...
Jika aku pilihan hatinya,
Aku tak ingin dia mencintaiku kerana harta dan martabatku...
Karna aku tau sesungguhnya hanya IMAN
dan TAQWA yang jadi pembeza makhlukMU...

Yaa QUDDUUS...
Jika aku pilihan hatinya,
Aku tak ingin dia mencintaiku kerana ketegasanku...
Kerana jujur aku sering rapuh menghadapi ujianMU....

Yaa SALAAM...
Jika aku pilihan hatinya,
Aku tak ingin dia mencintaiku kerana kesabaranku..
Kerana sebenarnya aku sering mengeluh akan cobaanMU...


Yaa MU'MIN...
Jika aku pilihan hatinya,
Aku tak ingin dia mencintaiku kerana belas kasihan...
Kerana sesungguhnya aku tak berharap belas kasihan dari makhlukMU...

Yaa MUHAIMIN...
Jika aku pilihan hatinya,
Aku hanya ingin dia mencintaiku keranaMU...
kerna aku tahu hanya cinta keranaMU Lah
yang membawa kebahagiaan dunia dan akhirat...

Yaa 'AZIIZ...
Jika aku pilihan hatinya,
Dan jika dia pilihanMU untukku...
Maka panjangkan umurku dan umurnya...
Serta satukanlah kami dalam hubungan halal yang akan selalu mendapat RedhaMU...

Insya Allah..aamiin ya Robbal'alaamiin ...

JARAK AKU DAN DIA

>> JARAK INI MENJAGA AKU DAN DIA..<<

Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥

Monday, May 20, 2013

KEJAYAAN HIDUP


Ada seorang guru menyuruh anak muridnya melukis gambar bunga mawar. Jadi, anak muridnya itu bersungguh-sungguh melukis gambar bunga mawar tersebut. Hasilnya, ada seorang anak murid(A) melukis satu gambar bunga mawar yang sangat buruk rupanya kerana murid tersebut memang tidak pandai melukis. 

Cikgu itupun menilai gambar tersebut," walaupun tak cantik, janji ada rupa bunga mawar pun ok lah" dan cikgu itu terus memberi markah pada lukisan tersebut. Datang seorang lagi murid(B) menghantar lukisan yang baru siap, alangkah terkejutnya cikgu itu apabila melihat gambar yang dilukis sungguh cantik dan seakan-akan hidup. Tapi yang menghairankan cikgu, gambar yang dilukis bukanlah bunga mawar. 

Murid(B) tersebut telah membuat kesilapan besar dengan melukis gambar bunga raya. Walaupun lukisan itu terlalu cantik, namun cikgu tersebut terpaksa memberi markah kosong kerana lansung tidak menepati syarat." Murid(A) walaupun lukisannya tidak cantik, tetapi dia telah mengikut syarat yang ditetapkan. Namun sebaliknya bagi murid(B), walaupun cantik tapi tidak mengikut arahan gurunya tersebut. Kosonglah jawabnyakan..

Jadi begitulah kejayaan kita dalam hidup, Allah telah beritahu bahawa hanya dengan cara yang diajarkan oleh nabi SAW yang membawa kejayaan dunia dan akhirat. Selain dari cara nabi SAW lansung tidak ada kejayaan. Taatlah perintah Allah dengan mengikut cara yang telah Nabi kita ajarkan. InsyaAllah Wallahua'lam ....