HIJRAH DIRI memang payah tapi jangan jadikan itu sebagai alasan untuk kau tidak lagi
istiqamah.
HIJRAH oh HIJRAH...
Ada yang Hijrah kepada kebaikan.Tetapi tidak kurangnya ada juga hijrah kepada kebatilan.Ada yang istiqamah dalam kebaikan.Tetapi tidak kurangnya ada juga yang istiqamah di jalan-jalan maksiat & kemungkaran.
Mengapa kita boleh istiqamah bersarapan pagi,makan tengahari & makan malam tetapi tidak boleh istiqamah untuk beribadat kepada Allah SWT yang mana merupakan tujuan utama kita diciptakan ke dunia ini.Sama jugalah seperti seorang wanita yang istiqamah memakai kasut tumit tinggi tetapi mengapa tidak boleh istiqamah menutup aurat dengan sempurna mengikut syariat?
Jawapannya kerana sifat malu.Sifat malu yang sudah makin tenggelam dari dalam diri.Jika seseorang masih punya sifat malu kepada Allah SWT tentulah seseorang itu malu untuk ponteng solat,malu mendedahkan aurat,malu untuk berkapel tanpa ijabkabul(nikah),malu untuk bertabbaruj di luar rumah,malu untuk menggedik dan sebagainya.
Yang lebih dahsyat lagi apabila sifat malu lenyap langsung dari dalam diri yang mana tatkala seseorang itu melakukan maksiat di hadapan orang lain dia tidak merasa sedikit pun malu tentang kemungkarannya itu.Tidak malu untuk berpegangan tangan,bertepuk tampar dengan ajnabi di khalayak ramai,tidak malu untuk mengupload gambar dedah aurat & gambar maksiat di laman sosial dan seumpamanya.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan.”
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
# Semoga Allah SWT menjaga sifat malu dalam diri saya & juga para pembaca semua.Malu sebahagian daripada IMAN.Malulah kepada Allah SWT andai IMAN yang kita miliki hari ini tidak lagi ada kualiti.
No comments:
Post a Comment