INDAH KATA


"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar."(surah Al-Ahzab ayat 35)

Monday, April 29, 2013

HANYA KERANA ALLAH


Cinta itu indah..
jika cinta itu kerana ALLAH.. kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu cintai..

Rindu itu indah…
jika rindu itu kerana ALLAH… kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui…


Kegembiraan itu indah..
jika gembira itu kerana ALLAH… kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu gembira…

Sedih itu indah..
jika sedih itu kerana ALLAH.. kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih…

Bosan itu indah..
jika bosan itu kerana ALLAH.. kerana bosan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu bosankan…


Kesibukan itu indah..
jika sibuk itu kerana ALLAH.. kerana kesibukan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu sibukkan…

Sakit itu indah..
jika sakit itu kerana ALLAH.. kerana kesakitan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyakitkan kamu…


Benci itu indah..
jika benci itu kerana ALLAH.. kerana kebencian itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu benci…

Kesusahan dan derita itu indah..
jika ia kerana ALLAH.. kerana derita dan kesusahan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita..

Apakah yang lebih bernilai dari REDHA ALLAH? dari RAHMAT ALLAH? dari KETENANGAN daripada ALLAH? dari perasaan KEINDAHAN hanya dengan ‘BERSAMA’ ALLAH?

InsyaALLAH, kamu, kita semua akan ketemu ‘keindahan’ itu…jika kerana ALLAH…percayalah....

~SAYA BUKAN PELAJAR SEKOLAH AGAMA~


Ya, saya bukan pelajar sekolah agama. Tapi saya mahu menjadi orang yang beragama dan faham agama. Doakan saya wahai teman-teman seperjuangan. ^^





Jangan nilai kelemahan saya hanya kerana perwatakan saya.



Jangan mengata saya andai saya tersilap langkah.

Jangan mencemuh saya andai ilmu saya tidak setinggi yang disangka.

Jangan menyindir saya andai perlakuan saya kadangkala terleka.

Jangan menghina pakaian saya andai ia tidak mencerminkan peribadi saya.

Jangan menjauhi saya andai langkah saya lemah tidak bermaya.

Teruslah bersama saya dan terimalah kekurangan saya.

Saya manusia biasa, bukan pelajar sekolah agama. Mujahadah itu memerlukan kesabaran yang tinggi. Jangan runtuhkan semangat saya andai saya tersilap langkah di jalan ini. Saya mahu MUJAHADAH dan ISTIQOMAH.
Bantu saya.


Jangan lihat siapa yang menyampaikan, tapi lihatlah apa yang disampaikan. 
Pesan Nabi SAW: Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat. Katakanlah yang benar, sekalipun ianya pahit.

"MUJAHADAH PELAJAR SEKOLAH BIASA ITU LAGI TINGGI DIPERLUKAN DARIPADA PELAJAR SEKOLAH AGAMA, RAMAI USTAZ-USTAZAH YANG MONITOR DAN NASIHAT..TAPI DI SEKOLAH BIASA, KAMI HANYA BERGANTUNG PADA KESEDARAN DIRI SENDIRI UNTUK BERUBAH KE ARAH YANG LEBIH BAIK "

Sunday, April 28, 2013

WALAU JAUH KU PERGI JUA


assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari nie berkesempatan menghadiri majlis walimah seorang rakan sekolah..kami sekolah sama sejak tingkatan 4 sehingga lah tingkatan 6..walaupun kami tidak pernah sekelas..tapi kami tetap baik, sebab sama2 duduk hostel..

27.04.2013 merupakan tarikh perkahwinannya, tapi aku hanya mengetahui tentang majlis pada 26.04.2013..pergi majlis tu pun tanda di rancng..aku bertanya kepada rakan2 ku, sama ada hendak pergi tak…klau sorang2 memang tidak la jawabnya…tambah2 tak tau rumah n jalan ke sana..
Alhamdulillah, dua orang kawanku ingin pergi..tak dela bosan sangat drive kereta..sepanjang perjalanan kami borak2la..maklumlah lama tak jumpe..biar pun lame tak jumpe, tak de pun yang berkata ape2 dengan perubahan yang aku lakukan..almaklumlah, dah lama tak jumpe mereka..bnyak cerita yang dikongsi..aku dengan kawan ku nie (nisah) pergi dari jerantut..walaupun lame dah tak gie umah die..alhamdulillah aku masih ingat jalan untuk pergi kesana..setelah mengambil rakanku itu..kami pun bergerak pergi beli hadiah..sebab tak beli lagi hadiah untuk kawanku yang khwin tu..selalu nya, klau beli hadiah…ada orang tolong balutkan..tapi kami nie sangat bertuah sebab tak de pekerja untuk balutkan hadiah..so, kami pun balut je la sediri kat situ…hihi..

Lepas kami beli hadiah, kami pun terus bertolak ke rumah kawan ku sorang lagi..rumah die kat bukit nikmat..aku ingatkan rumah die dekat je..rupe2nye jauh jugak..tapi tetap seronok sebab aku dapat melihat sekolah agama yang telah mengubahku sehingga sekarang..sekolah itulah, yang mengenalkan aku dengan sehelai tudung labuh..alhamdulillah, sangat bersyukur walaupun hanya sempat lalu depan sekolah itu, teringat kembali kenangan berada di situ walaupun hanya sekejap berada di situ..aku hanya bersekolah disitu selama 3 bulan sahaja..lepas tu aku bertukar ke sekolah menengah biasa..disebabkan aku telah mengenali makna sehelai tudung labuh ketika itu..aku masih bertudung labuh walaupun telah bertukar ke sekolah harian biasa..dalam kelas, hanya aku seorang shaja yang memakai tudung labuh..tapi, aku masih ada kawan2 yang memakai tudung labuh, walaupun mereka kelas lain..kawan2 ku yang bertudung labuh tu kelas bahasa arab…adalah jugak geng pakai tudung labuh..

Semasa mencari rumah kawanku yang ingin berkahwin tu, kami telah kesesatan di dalam kawasan jengka..hihiihi..pusing2, sampai jumpe jalan mati…lepas tu, kami pun tnya la dua orang budak perempuan rumah pengantin..tapi diorang tak tau pun ada kenduri..yang kami dalam kereta nie, dah marah2 sebab tak langsung papan tanda ke majlis tu…yang adanya, benda2 orang berkempen..kami pun cakap la kat adik yang kami jumpe tu, tau tak kat mana masjid dengan dewan besar..sbb rumah kawan ku yg nak kahwin tu, dekat je dgn masjid dan dewan besar..pastu adik2 tu pun tunjukkan kami jalan ke sana..


Alhamdulillah, akhirnya..sampai juga kami ke majlis tu..sampai sahaja kami disana..aku kelihatan begitu pelik dikalangan orang yg datang kerana aku memakai purdah..aku seperti biasalah, buat macam tak de perasaan la…dah tau dah, mesti orang pandang pelik je..sampai je kami terus makan, sebab waktu tu pengantin tgh sibuk bergambar..time tengah makan, ramai yang memerhati..mungkin nak tgk orang pakai purdah makan kot…aku nie dah la pemalu, so tambah sopanla aku makan..tak de la bnyak sgt aku makan, sbb time kat umah, aku dah makan nasi…masa kami sampai tu, kami tercari2 jugak kawan2 sekolah kami…cuma ada sorang je kawan kami yang kelihatan, bakal cikgu…die dtg dengan mak n ayahnya..awal la jugak die dtg..lepas makan, barula kawan2 yang lain dtg..ingat kan kami yang paling lewat..rupe2 nya ada lagi yang paling lambat…hiihi…kami pun bergambar bersama-sama..supaya dijadikan kenangan..ketika bersembang, bnyak la isu2 yang menarik dijadikan bahan gurauan kami..next time kenduri sape la pulak kan..sekarang masa untuk menerima kad jemputam kawan2..sebab aku masih lagi bergelar pelajar…


::semoga hubungan yang terjalan hanya kerana Allah::


Ukhuwwah itu indah kerana HIGHCLASS cintakan ALLAH..

Kata Imam Al-Ghazali, "Ukhuwwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya."

HIJRAH DIRI


HIJRAH DIRI memang payah tapi jangan jadikan itu sebagai alasan untuk kau tidak lagi 
istiqamah.



HIJRAH oh HIJRAH...
Ada yang Hijrah kepada kebaikan.Tetapi tidak kurangnya ada juga hijrah kepada kebatilan.Ada yang istiqamah dalam kebaikan.Tetapi tidak kurangnya ada juga yang istiqamah di jalan-jalan maksiat & kemungkaran.

Mengapa kita boleh istiqamah bersarapan pagi,makan tengahari & makan malam tetapi tidak boleh istiqamah untuk beribadat kepada Allah SWT yang mana merupakan tujuan utama kita diciptakan ke dunia ini.Sama jugalah seperti seorang wanita yang istiqamah memakai kasut tumit tinggi tetapi mengapa tidak boleh istiqamah menutup aurat dengan sempurna mengikut syariat?

Jawapannya kerana sifat malu.Sifat malu yang sudah makin tenggelam dari dalam diri.Jika seseorang masih punya sifat malu kepada Allah SWT tentulah seseorang itu malu untuk ponteng solat,malu mendedahkan aurat,malu untuk berkapel tanpa ijabkabul(nikah),malu untuk bertabbaruj di luar rumah,malu untuk menggedik dan sebagainya.

Yang lebih dahsyat lagi apabila sifat malu lenyap langsung dari dalam diri yang mana tatkala seseorang itu melakukan maksiat di hadapan orang lain dia tidak merasa sedikit pun malu tentang kemungkarannya itu.Tidak malu untuk berpegangan tangan,bertepuk tampar dengan ajnabi di khalayak ramai,tidak malu untuk mengupload gambar dedah aurat & gambar maksiat di laman sosial dan seumpamanya.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 
“Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan.” 
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

# Semoga Allah SWT menjaga sifat malu dalam diri saya & juga para pembaca semua.Malu sebahagian daripada IMAN.Malulah kepada Allah SWT andai IMAN yang kita miliki hari ini tidak lagi ada kualiti.

Thursday, April 25, 2013

SEPETANG


Assalamualaikum…

Alhamdulillah, selesai solat asar di pejabat bersama beberape orang akak,,kami pun bersembang..sambil tu ada seorang akak yang menjual handsock yang comel..tiba2 aku terpandang sepasang handsock warna dark purple..dah lame aku mencari handsock warna darkpurple…warna kegemaran ku..alhamdulillah, sekarang sudah memiliki jubah dark purple, tudung labuh darkpurple, purdah darkpurple, handsock darkpurple, beg darkparple, dan mcm2 lagi la warna darkpurple..sedang berborak, tiba-tiba ada tnye, raudhah tak nak menjual online ke…aku senyum jela, sebab mmg nak berniaga online, tapi aku nie tak taula sama ada cukup sabar untuk melayan kerenah manusia yang berbagai-bagai ragam..lepas tu, akak tu kata mesti dah ada yg punye kan raudhah nie…aku senyum jela, insyaAllah dah ada…akak tu kata, tahun depan kahwin la nie kan, dah abis belajar..terima kasih kerana doakan saya kahwin awal..hasrat hati jugak ingin kahwin awal, tapi aku tidak pasti adakah aku sanggup memegang tanggung jawab sebagai seorang pelajar dan sebagai isteri pada waktu yang sama..so, biarlah aku menjadi seorang pelajar terlebih dahulu sebelum bergelar seorang isteri..InsyaAllah klau tahun depan adalah masa untuk ku, aku sangat berharap segalanya dipermudahkan oleh Allah..semoga segalanya berjalan mengikut sunnah Nabi Muhammad serta mendapat keredhaan Allah..


HARAPANKU
Semoga 28.11.___ menjadi tarikh untuk ku, sekiranya aku diizinkan untuk terus hidup dimuka bumi ini..tarikh yang cukup istimewa untuk ku..Semoga aku dapat memakai sehelai kain kecil yang sangat aku sayangi..semoga orang2 disekelilingi ku memahami niat dihatiku ini..

Tuesday, April 23, 2013

~sebuah harapan dan impian~


Bila bercerita tentang impian dan harapan, siapa kita untuk angankan yg lebih2 kan ? Terbang terlalu tinggi ,kalau jatuh ?? X sakit ..??

Tapi x salah andai memasang azam untuk kearah yg lebih baik …kan?


“Bagaimanakah ciri-ciri idamanmu …?”


"Carilah yang sekufu kamu ,"

"Yang begini dan begini begitu dan begitu,kamu nak x ?"



Soalan-soalan yang tidak pernah lekang setiap kali ada pertanyaan “Bilakah aku ingin menamakan zaman gadisku” .. Kadang malas nak fikir,aku cuma senyum sahaja. Tapi bila sering dan sering ditanya , aku jadi terfikir, aku juga punya keinginan ,apa ya keinginanku . cuba menyoal hati sendiri dan test sendiri .. Oh ya , kelemahanku ada sangat2 cemburu kepada muslimah yang berpurdah yang memiliki suami di usia muda..aku juga turut ingin mengikut jejak langkah seperti mereka..tapi sebelum itu aku perlu baiki diriku terlebih dahulu sebelum mengimpikan sebuah harapan dan impian..
Ya, aku tahu apa yg aku impi x semua akan aku berolehi..yang penting Allah tau ape yang terbaik untuk ku..Allah merupakan perancang yang terbaik buatku..



Jika boleh meminta, aku inginkan insan yang istiqamah solat di masjidnya.
- Yang ada AlQuran dan AlHadith dalam dadanya
- Yang istiqamah tertib dakwahnya.
- Yang istiqamah senyumannya

- Yang istiqamah sabarnya,.Tidak  membuka aibku di khalayak.
- Yang tidak kisah jika aku sendiri yang inginkan ummat dan daie yang ramai .
- Yang mengajar aku menghormati orang tua.
- Yang boleh menjadi temanku setiap kali aku keluar dari rumah , bukan sekadar memberi izin aku dengan teman2ku,atau memberi izin aku keluar sendirian.
- Yang boleh dijadikan rujukan buat aku dan mujahid mujahidahku kelak.
- Yang istiqamah sikap tanggungjawabnya.
- Yang menerima aku seadanya tanpa mengungkit kisah silamku.
- Yang menegur aku dengan kasih sayang.
- Dan yang pastinya, yang tidak jemu memimpin aku tika tersalah,mendorong aku utk beriringan sekali ..dan tidak akan menyuruh aku membuka hijabku ..



Cuma itu yg aku impikan,tidak lebih dari itu .. Tidak perlu rumah mewah dan harta yang melimpah .. ...Hmm,Sekadar mengerti aku wanita biasa , makanya aku tidak meletakkan semua itu sebagai syarat demi menetapkan pilihan. Sedangkan aku tahu nilai diri sebenar,makanya aku terima sesiapa sahaja tanpa memilih dan membandingkan.. Jika boleh dipilih , itulah ciri-ciri yg akan aku pilih ..Kerana tidak boleh memilih lah , aku berusaha untuk menjadi sebaiknya, berubah lagi dan lagi ..

Sebagai tambahan , aku ingin si dia itu fasih dalam bahasa arab..sebab boleh mengajarku yang serba kekurangan ini...boleh bercakap dengan mujahid dan mujahidahku nnti dalam bahasa arab.."bahasa syurga"Aku ingin anak-anakku menjadi mujahid mujahidah Islam dan tidak akan meniggal di pangkuanku.Biar dia syahid di muka dunia , bongkak menongkah dunia demi agama seperti Hadrat Umar AlKhattab

Yang lain? Jika terlebih sempurna,maka ianya anugerah buatku,andai tidak dapat,barangkali setakat itu rezeki dan amalku ...Aku harus redha .

Selebihnya biar Allah yang tentukan .. ^_^


Hati ini tidak mahu mengharap kerana ia bagaikan menggapai bayang-bayang ~

Monday, April 22, 2013

TERENGGANU KITE


Alhamdulillah…
Akhirnya dapat menjejakkan kaki ke negeri yang paling aku nak pergi..TERENGGANU KITE…

JAUH PERJALANAN, LUAS PEMANDANGAN
Sampai kat pejabat, aku tgk kereta kat pejabat sikit je..aku pelikla, kenape tak ramai lagi yang sampai sedangkan akan bertolak ke terngganu pukul 8.00 pagi..rupe2nye ramai dah sampai..akak2 pejabat kebnyakkannya suami diorang yang hantar..aku, mcm biasa la kene drive sendirilah…nak tunggu suami antar, lambat lagilah kan..
Kami pun bertolak, sepanjang perjalanan pergi ke Terengganu..encik pemandu bas memasang video ustaz azhar idrus..aku yang duduk dalam bas asyik gelak je..selalu nya aku tidor je dalam bas..tgk cd ustaz azhar idrus, bnyak yang bru ku tahu…gelak2 jugak, tapi bnyak ilmu yang dipelajari..TERINGAT KATA2 NIE..

BILA KITA LIHAT GUNUNG YANG TINGGI MENAWAN, GUNUNG ITU ALLAH YANG PUNYA..
BILA KITA LIHAT PEMANDANGAN LAUT YANG LUAS TERBENTANG, LAUT ITU ALLAH YANG PUNYA..
SEMUA ALLAH YANG PUNYA…APE YANG KITA PUNYA???

Sepanjang balik dari tengganu pun masih dengar ceramah ustaz azhar idrus dengan ustaz haslin bahrin..alhamdulillah, walaupun mengambil masa yang agak lama untuk kesana..aku cukup bersyukur kerana masa2 ku terisi dengan ilmu2 yang berguna..

SAMPAI DI ADTEC KEMAMAN
Kamo disambut oleh kakitangan pejabat yang amat mesra..pastu ada penerangan tentang 5s..selepas penerangan tu, kami melawat adtec kemaman..sebb adtec kemaman akan dijadikan contoh kepada adtec jerantut..tempat dimana saya sedang praktikal sekarang..ada akak yang tegur, cantik jubah cotton raudhah…aku nie mmg tak suke orang tegur, mula la malu…hihihii..semngat akak tu tnye beli kat mana..akak yang tengah mengandung pun semngat tnya..cakap beli kat KL..terus kata, ala nape jauh sngt belinya..

SELESAI MEMBUAT LAWATAN KE ADTEC KEMAMAN
Singgah sebentar sbb akak2 pejabat nak makan ape tah makanan orang Terengganu…yang banyak ikan2..almaklumla dekat dengan laut..gie makan kat situ untuk penuhi permintaan akak comel yang tengah mengandung kat pejabat nie..tiba2 ada akak tnye, raudhah nape tak makan…kite pun jawablah, saya memang tak makan makanan nie..mcm mana nak cari calon orang Terengganu..kepelikan aku, sejak bila pulak aku nak cari orang Terengganu nie..saya hnya jatuh cinta dengan negeri Terengganu je..terengganu yang unik bagiku..sebelum tu, ada akak yg tnye..raudhah dah bertunang ke…aku pun jawab tak lagilah kak…akak tu kata ingat dah tuning, sbb pakai cincin..saya mmg suka pakai cincin..tapi klau jenjalan je la pakai…

SAMPAI DI PEJABAT(ADTEC JERANTUT)
Dalam bas dah niat dihati nak terus gie masjid klau sampai awal, Alhamdulillah sampai dalam 7 lebih jugak..aku pun terus meneruskan niat gie masjid. Ini lah kali pertama bawa kereta gie masjid..n bawak kereta waktu malam..sebelum nie tak pernah pun..sampai je masjid, agak sedih sebb dah siap solat berjemaah magrib..masuk masjid je, terus letak brang..pastu ada baby tu comel sangat..baby lelaki..die pun datang kat kite, main kat beg2 kite..hihihi..kite pun mainlah dengan si kecik tu sekejap..sebab ibu baby tu tengah solat..kite main2 la jap..pastu baru kite solat…Alhamdulillah, selesai solat, ada ceramah pulak..ceramah tentang kaum nabi ibrahim ..pukul 9 lebih baru sampai rumah..alhamdulillah, Allah permudahkan segala2nya..

KISAH KU 22.04.2013



impian dan cita-citaku

Aku ingin menjadi wanita yang sentiasa melabuhkan cinta ku kepada Mu, Ya ALLAH...
Aku akan selalu mengamalkan sunnah-sunnah Rasuluallah..
Aku akan jadikan isteri Rasuluallah sebagai contoh untuk menjadi muslimah sejati...
Aku ingin menjadi kuat seperti sahabat-sahabat baginda...

Aku ingin menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu bapa ku..
Aku ingin menjadi seorang isteri yang solehah kepada bakal suami ku..
Aku ingin menjadi seorang ibu yang mithali kepada bakal anak-anakku..

Aku ingin menjadi wanita wadiah iaitu wanita yang indah tanpa perhiasan.
Aku ingin menjadi wanita yang cantik dengan akhlak dan kaya dengan santun
Aku ingin menjadi wanita cantik tapi bukan kerana perhiasan, tetapi pada 2 rakaat di penghujung malam,..
Aku ingin menjadi wanita yang kehausan di sebabkan puasa kerana ALLAH

Aku ingin menjadi seperti sekuntum mawar yang di penuhi duri, yang bisa melindungi dirinya dari musuh-musuh..
Aku ingin mempunyai akhlak yang cantik dan indah melebihi kebun yang di penuhi bunga..
Aku ingin menjadi seseorang yang sentiasa berusaha menegakkan agama ISLAM..

Aku ingin menjadi muslimah yang solehah, hidup dan mati ku hanya untuk Mu Ya ALLAH....
AMIN!..(^_^)

Friday, April 19, 2013

MENCARI SEORANG BILAL @ IMAM

 MENCARI SEORANG BILAL

Tak kacak tak apa, sbb lelaki memimpin bukan dgn kekacakan. Tak kaya tak apa, sbb kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.

Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dn kefahaman agamanya cukup baik.

memilih seorang imam @ bilal tidak mudah.

Bagaimana mahu memastikan dia seorang imam @ bilal yg baik?

Ada yg merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam @ bilal.
Ada yg merasakan lelaki pandai tazkirah agama itu terbaik sebagai imam @ bilal.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yg tahu.

Bukanlah lelaki yg meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yg baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama...

buatlah pilihan dgn bijak. Carilah dirimu seorang IMAM @ bilal..


p/s: teringat pesanan akak2 kat pejabat nak cari calon suami, pilih lah yang dapat bimbing kita...klau boleh, carilah seorang bilal, klau tak dapat seorang bilal..carilah tukang azan, klau tak dapat tukang azan..carilah seorang imam, tak dapat carilah seorang imam..klau tak dapat seorang imam, carilah seorang lelaki yang menjadi makmum di masjid atau surau..



JOM BACA PERISTIWA NI...

KETAATAN BILAL DI JANJI MANUSIA PERTAMA DISENARAIKAN MASUK SYURGA

DIRIWAYATKAN dalam kisah peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah SAW dan dalam riwayat yang lain menyatakan hamba yang paling dekat kepada Allah SWT Yang Maha Esa, adalah orang yang paling dekat kepada ketaatan dan paling jauh daripada kemaksiatan. 

Suatu ketika, sahabat berdiri di depan pintu Amirul Mukminin Umar Ibn Khattab, memohon izin masuk pada hari pertemuan ketika muktamar diadakan setiap tahun oleh Amirul Mukminin. Mereka hendak masuk menemui Umar. Siapakah golongan sahabat itu? Apa kriteria sahabat yang diizinkan masuk oleh Amirul Mukminin? Apakah keahlian mereka yang menyebabkan mereka dapat masuk menemui Umar 
Ibn Khattab? 




Mereka yang sudah berada di depan pintu itu ialah Abu Sufian Ibn Harb, panglima perang Quraisy yang sudah memeluk Islam, dan pernah memerangi Rasulullah. Turut bersamanya al-Absyami daripada kalangan Bani Abdul Syams keluarga Arab yang paling tinggi nasabnya; Suhail Ibn Amr, jurucakap Arab; al-Harith Ibn Hisyam, bekas hamba belian berasal dari Habshah; Suhaib ar-Rumiy, dari bangsa Romawi; Salman al-Farisi, dari Parsi; Abdullah bin Masud, bekas pengembala ternakan yang menjadi sahabat yang mulia dengan ilmunya dan bekas hamba, Bilal Ibn Rabbah. 

Mereka mengerumuni pintu khalifah dan memohon izin kepada Umar untuk masuk menemuinya. Orang yang diizinkan masuk ialah orang yang paling dekat kepada Allah. Kemudian 10 sahabat yang mendapatkan berita gembira dijamin masuk syurga. Lalu masuklah ahli Badr sesuai dengan kedudukan mereka dan barulah orang lainnya yang dipilih. 

Kemudian pengawal peribadi Umar bertanya: “Siapakah yang ada di depan pintu?” Abu Sufian menjawab: Sampaikanlah kepada Amirul Mukminin bahawa aku ada di sini,” katanya. 

Seterusnya pengawal itu bertanya: “Dan siapakah kamu?” Mereka pun menyebut nama masing-masing dan pengawal kembali kepada khalifah Umar Ibn Khattab dan memberitahunya hal itu. 
Umar berkata: “Berilah izin kepada Bilal untuk masuk,” kata Umar. Bilal pun mengetuk pintu dan masuk ke dalam ruangan pertemuan yang sudah disiapkan itu. 
“Suruh Suhaib masuk,” kata Umar. Tidak lama kemudian Umar berkata: “Suruh Salman masuk.” Setelah itu Umar pun berkata : “Ibn Masud masuk.” 

Setelah sahabat masuk semuanya, Abu Sufian yang hidungnya terlihat mengembang kerana marah berkata: “Demi Allah yang tiada Tuhan berhak disembah selain Dia, aku tidak mengira bila Umar membuatku lama menanti sesudah mereka masuk terlebih dulu sebelumku.” 

Mengapa hal itu terjadi? Sesungguhnya Abu Sufian menimbang segala sesuatu dengan ukuran jahiliah. Ternyata sisa-sisa jahiliah masih membekas dalam dirinya. 

Sangat berbeza dengan Umar, ukuran yang digunakannya berbeza dengan Abu Sufian. Sesungguhnya Umar menilai segala sesuatu berdasarkan al-Quran dan sunnah. 

Pada saat itu, Suhail Ibn Amr, teman dekatnya yang cukup bijak, mengatakan kepadanya: “Wahai Abu Sufian, demi Allah, aku tidak peduli dengan pintu Umar dan keizinannya. Tetapi aku khuatir bila kita dipanggil pada hari kiamat nanti, maka mereka masuk syurga, sedangkan kita ditinggalkan, kerana sesungguhnya mereka dan kita diseru, ternyata merekalah yang menyambutnya, sedangkan kita menginginkan. Oleh kerana itu, eloklah bila mereka didahulukan, manakala kita dibelakangkan.” 

Perhatikan bagaimana Umar al-Khattab menilai martabat manusia hanya berdasarkan ukuran takwa kepada Allah Taala. Dalam pemerintahan, Umar masih belum puas kecuali bila Bilal mendahului mereka semuanya kerana sesungguhnya Bilal adalah orang yang lebih dulu masuk Islam. 

Apakah kaum Muslimin sudah lupa kalimah ‘Ahad, Ahad,’ sedangkan tubuh Bilal dijemur di atas padang pasir yang terik panasnya membakar, dipukul, diseret dengan kuda dan didera dengan pelbagai seksaan sementara yang menyiksanya berkata: “Tinggalkan Tuhan sembahanmu”. Sedangkan Bilal hanya mengucapkan: “Ahad, Ahad.” 

Justeru, Bilal didahulukan kerana beliau telah mengenal jalan menuju kepada Allah. Rasulullah pernah memanggil Bilal, lalu bersabda yang bermaksud: “Wahai Bilal, mengapa engkau mendahuluiku masuk syurga? Sesungguhnya ketika aku masuk syurga malam tadi (malam Israk), aku mendengar suara terompahmu di hadapanku.” 

Bilal menjawab: “Wahai Rasulullah, tidaklah sekali-kali aku menyerukan azan, melainkan terlebih dulu aku melakukan solat dua rakaat dan tidak sekali-kali aku mengalami hadas, melainkan aku berwuduk selepasnya, kemudian mengerjakan solat dua rakaat sebagai kewajipanku kepada Allah.”

Thursday, April 18, 2013

MASJID TENGKU MAHKOTA ABDULLAH JERANTUT + NIQAB



ASSALAMUALAIKUM…ALHAMDULILLAH, HARI INI KITA MASIH DIHIDUPKAN OLEH ALLAH, UNTUK TERUS BERIBADAT KEPADANYA DAN BERSYUKUR DENGAN NIKMAT YANG ALLAH BERIKAN KEPADA KITA.

KALI NIE, KITE NAK CERITA TENTANG KISAH DI MALAM JUMAAT DI SEBUAH MASJID DIRUMAH KU..

ALHAMDULILLAH, hari ini aku masih lagi berpeluang untuk pergi ke rumah ALLAH bersama dengan mak and abah tersayang…terima kasih YA ALLAH, kerana memberikan aku keluarga yg cukup memahami diri nie..walaupun masing2 penat kerja di siang hari, terima kasih kerana ALLAH telah memilih aku dan keluargaku untuk hadir ke masjid..


KISAH PERTAMA
Walaupun agak lewat sampai di masjid, tiba2 aku terpandang dua orang kanak-kanak berjalan di laluan masjid..dengan  masing2 membawa beg ..dalam beg tu sudah tentu telekung dan buku2 sekolah…sbb selalu aku tengok kanak2 nie, lepas solat diorang buat keje sekolah..dalam dua orang kanak2, yg menjadi tarikan untuk terus aku pandang adalah , salah seorangnya memakai purdah…dalam hatiku, kecik 2 lagi dah pakai purdah, semoga kanak2 nie terus memakainya sehinggalah ia dewasa..kanak2 nie tak kisah pun pkai, bukan sesetengah orang yang memandang purdah itu sesuatu yang pelik…tambahan pula, kanak2 nie kecik lagi, klau tak silap kanak2 nie baru sekolah rendah..sbb mak penah ngajar kanak2 nie..aku terus pandang kanak2 tu sampai masuk ke masjid..semoga dirimu kuat untuk terus memakai purdah..semoga dirimu seindah sehelai niqab yg dipakai..

KISAH KEDUA
SELESAI SOLAT MAGRIB BERJEMAAH,aku solat sunat di belakang sikit…tiba2 aku terpandang seorang niqabis yang baru sampai ke masjid untuk menunaikan solat magrib…mungkin niqabis nie, dalam perjalanan ke mana2..aku pun tak pasti…selesai aku solat sunat, aku tgk niqabis tu bersiap2 untuk keluar masjid…aku pun tengokla…rupe nye niqabis nie bawak motor sbb time tu die tgh pegang helmet…waa..agak teruja jugak, sbb tak penah lagi tgk niqabis naik motor..hihihi..aku pun terus je tgk…tiba-tiba kanak2 yg aku nampak pakai purdah tu, jumpelah dengan niqabis nie..aku ingat ape la kanak2 tu nak buat..rupe nya nak ambik gambar dengan niqabis tu..mungkin kanak-kanak nie nak jadikan inspirasi dieee kot untuk terus pakai purdah..niqabis tadi pun, layan je kanak-kanak tu…diorang pun bergambar...

KISAH KETIGA
SELESAI SOLAT ISYAK, aku keluar dengan mak untuk gie ke kereta abah..lepas solat tu, ada makan2 sikit kat masjid…klau tak silap aku, makan nasi lauk gulai ayam…abah gielah makan…mak dengan kwan mak gie makan jugak, mak ajak gie makan..tapi aku nie segan..so aku tunggu la kat kereta..sebelum gi kat kereta, sekali lagi Allah telah terserempakkan aku dengan seorang ibu yang mendokong anaknya juga memakai purdah..time tu si ibu nie mesti tengah menunggu en.suaminya…hiihihii..comel je si kecil yang didokongnya..hihii..dalam tgk semngat pandang kea rah si ibu, kaki ku nie terus je jalan..tak pandang kiri ke kanan dah..padahalnya, nak lintas jalan time tu…nasib baiklah aku tak kene langgar kereta..bertuah betul la ku nie..tu lah pantang Nampak orang pkai purdah..hihihi..aku perasan ada kereta, sebb ada silau lampu kereta…aku memang tak suka silauan lampu..sebb aku ada masalah mata sikit..tak boleh silau..so aku tak boleh la drive kereta waktu malam…mata sngat pedih klau kene silauan lampu..hihi..kdang2 pagi matahri nak naik pun mata nie susah nak focus waktu bawak kereta..

KISAH-KISAH NIE, SEMUANYA BERLAKU PADA MALAM YANG SAMA..18 APRIL 2013

ALHAMDULILLAH, ALLAH TEMUKAN AKU DENGAN ORANG2 YANG DAPAT MENGUATKAN SEMANGAT KU..SEMOGA PILIHAN YANG AKU BUAT MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH DAN HANYA ALLAH YANG TAHU APE YANG TERBAIK UNTUK KITA SEMUA..WASILAH DARI ALLAH BUAT KITA..ALLAH HANTAR ORANG-ORANG YANG BAIK UNTUK KITA UNTUK MEMBANTU KITA UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN





kisahku



assalamualaikum…
hari nie rase nak cerite macam mane diri ini amat berminat untuk memakai purdah atas permintaan sorang adik comel…hihi..bru perasan selama nie tulis pasal purdah je, tapi tak penah cerite macam mane hati ini boleh terdetik untuk memakai purdah…

niat untuk memakai purdah dah lama tersingkap di hatiku…setiap kali melihat wanita memakai purdah, rase bahagia sangat..sebab mereka nie bagiku amat berani membuat sebuah perubahan dalam hidup mereka.walaupun setiap perubahan itu banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempohi..BERANI DALAM BANYAK ASPEK…BERANI MEMBUAT KEPUTUSAN…BERANI UNTUK BERHADAPAN DENGAN ORANG SEKELILING..BERANI UNTUK MENGUBAH SESUATU YANG LEBIH BAIK..BERANI UNTUK MENANGGUNG RISIKO PERUBAHAN YANG DILAKUKAN..

HASRAT HATI
Diri nie telah jatuh cinta kepada sehelai kain kecil itu bila dapat bersua dengan seorang adik yang memakai purdah di hari perkahwinannya..bila hadiri majlis tu, rase lain sangat..sebab selama nie aku hnya boleh lihat gmbar2 orang yang memakai purdah…cantik sangat tgk2 mereka2 nie pakai purdah..tambah2 aku bukan dikelilingi orang yg memakai purdah..di kampong ku jugak tak de orang yang memakai purdah. Masa bertemu dengan adik nie, aku rase suaminya amat bertuah sebab bukan semua orang boleh melihat kecantikkan adik tu..aku penah jumpe adik nie seminggu sebelum die berkahwin, masa tu die tak memakai purdah..perbezaan antara memakai purdah dengan tidak memakai purdah amat berbeza bgi ku..sbb memakai purdah pandangan lebih terjaga dan kecantikkan hnya dapat dilihat oleh suami dan keluarganya bukan untuk tatapan orang lain
Hasrat hati memang dah lame nak pakai kain kecil itu..tapi, dulu kite selalu fikir..nak pakai purdah kene purdah hati dulu..bila itu yg saya cakap dan fikir…ada seseorang tegur saya..tak kan nak tunggu hati cukup dipurdah baru nak berpurdah..sampai bila2 tak kan jadi kenytaan..so saya ubahla, pakai purdah akan menyebabkan hati kite akan sikit-sikit terpurdah…dan itu lah kenyataan nye..bila dah pakai purdah, bru ku tahu betapa hati ini terpurdah dengan sendirinya..sbb dengan pakai purdahla, diri ini terdidik untuk menjadi lebih baik. Terima kasih sangat kat awak yang tegur saya dan selalu nasihat kat saya yg banyak kekurangan ini.

PERTEMUAN DEMI PERTEMUAN
SEJAK HATI TERJATUH CINTA DENGAN PURDAH, ALLAH telah mengirimkan hamba Allah yang menyebabkan diri ini sangat berharap untuk di jadikan kain kecil ini pemakaian ku sehingga akhir hayatku. Setelah hati amat berminat dengan kain kecil itu, aku sering terserempak dengan wanita2 berniqab. Ketika hati telah jatuh cinta dengan purdah, aku sering ditemukan oleh Allah dengan wanita yg berniqah. Ketika pulang cuti semester, semasa menunggu bas di KL untuk pulang ke Pahang..aku telah bertemu dengan seorang niqabis nie..semangat aku melihat dirinya yang solat bersejadahkan purdahnya..sebab pada masa tu surau sangat terhad dan telekung dan sejadah pun kurang..bila die masuk nak solat, semangat aku pandang.( SETIAP KALI MELIHAT ORANG BERPURDAH, ITULAH AKU SUKA SANGAT PANDANG PENUH RASE) dalam hati, semoga suatu hari nnt aku jugak seperti niqabis ini.

Dengan izin ALLAH juga, bnyak kali aku bertemu dengan orang2 yg memakai purdah..time keluar dengan kawan2 rumah, time tu nak beli barang nak main masak2..hihi..time dalam pasaraya tu, aku terserempak dengan seorang akak yg berpurdah bersama suami yg pakai jubah dan ditemani anak2 kecl mereka..time tu punya la semngat aku tgk, maklum la pasangan bahagia dihadapan mata..bukan selalu berpeluang melihat psangan berpurdah bersama suaminya.(PANDANGAN PENUH PERASAAN)..

BANYAK KALI JUGAK PERJUMPA DENGAN PARA NIQABIS YANG COMEL+SWEET..

DOA
NIAT YANG TERPENDAM AKU IRINGIN DENGAN DOA..aku selalu berdoa supaya aku memakai purdah hanya untuk mendapat keredhaan Allah…aku jugak amat berharap supaya semua orang dapat menerima perubahan yang aku lakukan..aku jugak berharap sangat supaya aku dapat istiqamah memakai purdah nie..bukan mudah untuk melakukan sebuah perubahan,…alhamdulillah, aku punyai kawan2 yang bnyak membantu dan memberi semangat kepada diri ini.

KATA-KATA YANG AKU PEGANG KUAT DAN SERING MEMBERIKAN SEMANGAT KEPADAKU

SAYA  PAKAI JUBAH SEBAB SAYA NAK ALLAH SAYANG SAYA..
SAYA  PAKAI TUDUNG LABUH SEBAB SAYA NAK ALLAH CINTA SAYA..
SAYA NAK PAKAI PURDAH SEBAB SAYA NAK ALLAH JAGA SAYA DARIPADA PANDANGAN MANA-MANA LELAKI..

SAYA NAK ALLAH SAYANG SAYA..

PERMULAAN BERPURDAH
Mula berpurdah bila bertemu ibu kepada seseorang…..siapakah?...biarlah rahsia..lepas jumpe tu, minggu tu jugak aku memakai purdah..hihihi..niat yang terpendam akhirnya terlaksana jugak..walaupun dah lama nak pakai, tapi minggu itulah aku mendapat kekuatan untuk memakainya..bukan semua orang yang Allah pilih untuk dibukakan hati untuk memakai purdah..semoga hati ku kuat untuk masa2 akan datang..seperti mana kali pertama aku memakai purdah ini jugak..seorang ibu yang bnyak bagi nasihat berguna untuk ku..insya Allah saya akan berusaha untuk menjadi yang terbaik..


P/S: baru perasan terpanjanglah pulak ceritanya..TAK TAU LA TERJAWAB ATAU TIDAK PERSOALAN SEORANG ADIK KEPADA SEORANG AKAK YANG SERBA KEKURANGAN INI..


Wednesday, April 3, 2013

~mahal harga taqwa pada sekeping tudung labuh~




Pedulikan betapa mahalnya sehelai kain itu.
Pedulikan betapa banyaknya masa yang dihabiskan untuk menggosok tudung itu.
Pedulikan mata-mata yang memandang yang merasakan kamu ketinggalan zaman.
Pedulikan tudung-tudung yang beraneka fesyen yang terpamer di pasaran.

Bukankah redha Allah yang kita harapkan?
Luruskan niat membuat perubahan hanya kerana Allah.
Tewaskan pakcik-pakcik syaitan yang sentiasa berusaha merenggut nilai keikhlasanmu.
Berdirilah atas titian taqwa !
Runtuhkanlah nilai jahiliyyah yang menghiasi potret nafsumu!

Ingatlah.. kita di dunia tak lama... Selepas kaki kita melangkah ke syurga, kita berehat sepuas-puasnya.... :)
Insya Allah. !



Semoga diriku, dirimu dan sesiapapun yang berhasrat untuk bertudung labuh, ayuh, apa tunggu lagi? Bukankah syurga yang luasnya seluas langit dan bumi sedang menunggu kita?

p/s : saya bukanlah ingin bermaksud muslimat yang tidak bertudung labuh itu kurang baik, Allah sahaja lah Yang Maha Mengetahui tinggi rendahnya iman seseorang. Segalanya-galanya bermula dari hati, bukankah baginda telah bersabda, “Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” Percayalah, tudung labuh itu akan mendidik nafsu untuk tunduk kepada rasa kehambaan kepada Tuhan. Tak percaya, cubalah. (^_-)

~WANITA YANG SOLEHAH, QANITAH DAN HAFIZAH ITU INDAH TERSEMBUNYI~


Ya Allah..

jadikanlah aku tabah seperti Ummu Khadijah
sehingga dirinya digelar Afifah solehah
dialah wanita pertama
tiada ragu mengucap syahadah
pengorbanan bersama Rasulullah
susah senang bersama
walau hilang harta kerana berdakwah
walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tidak berubah
mampukah aku setabah dirinya?
andai diuji sedikit sudah rebah
baru dihina sudah mengalah
Ya Allah...
tabahkan aku sepertinya.


Ya Allah..
jadikanlah aku semulia Ummu Sulaim
pernikahannya dengan Abu Talhah atas mahar iman
islamlah Abu Talhah sehingga menjadi Sahabat Rasulullah
betapa hebatnya tarbiyah isteri pada suami
hinggakan segala panahan kepada Rasulullah pada hari uhud
disambut dengan belakang Abu Talhah
sehingga digelar mayat yang berjalan
dek kerana tubuhnya yang hancur semata-mata kerana Rasulullah..
mampukah aku untuk menjadi sepertinya..
apa-apa sahaja demi Rasulullah??



Ya Allah..
jadikanlah aku semulia Fatimah Az-Zahrah
betapa tinggi kasih pada ayahandanya
tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah Baginda
anak yang semulia peribadi Rasulullah
tangannyalah yang membersihkan luka
tangannya jua yang membersihkan cela
pada jasad Rasulullah tercinta
gagahnya dirinya pada dugaan
mampukah aku sekuat Fatimah?
saat diri terluka dendam pula menyapa
saat disakiti,maki pula mengganti
Ya Rabbi..
teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah
jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
tukang sihir yang beriman
dan keluarga yasir yang bertakwa
sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
mampukah aku sabar seperti mereka?
tatkala digoda nafsu dunia
entah mana hilangnya iman didada..
dimanakah ia??


Ya Rahman
kuatkan imanku seperti Masyitah
terjun penuh yakin bersama bayi kedalam kuali mendidih
kerana yakin Allah pasti disisi
sabarkan aku seperti Sumaiyah
biar tombak menusuk jasad
iman sedikit pun x akan rapuh
tetap teguh..

wahai kaum hawa..

kita cuma An-Nissa
para pendosa terbanyak di neraka
lantas walau x setabah para mujahidah
namun tabahlah pada ketetapan Allah
kerana padaNya ada syurga!
walau x semulia Para Wanita Sirah
tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada pahala
walau tak sesabar para wanita solehah
namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
kerana padanya ada bahagia!!