INDAH KATA


"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar."(surah Al-Ahzab ayat 35)

Thursday, February 28, 2013

Berniqab maka "Jangan Main-Main"

Tatkala mengambil kata putus untuk berniqab maka "Jangan Main-Main"

Sebetulnya, bukan untuk mereka yang berniqab sahaja. Bertudung labuh juga begitu. Berniqablah, ramai yang mahu menyokong dari belakang. Namun ingat, apabila kita memilih untuk memakai sebegini, orang-orang di sekeliling mempunyai high expectation terhadap kita. Apa yang betul dilakukan kelihatan biasa. Namun apabila sedikit yang silap, itu yang lebih besar terlihat. Kerana memang namanya manusia, ada yang hanya memandang sekelumit kesilapan dan keaiban berbanding memperbesar kelebihan dan kebaikan.
Bukanlah bermakna kita harus mengaut segala pandangan manusia agar segalanya dilihat tinggi pada kita. Bukan, sayang. Maksudku di sini, kita mesti berjaga-jaga terhadap diri sendiri. Kerana apabila memakai niqab dan tudung labuh begini, kita membawa bersama maruah Islam. Ya, maruah Islam. Take it seriously, my love. Memetik kata-kata Phua Chu Kang, "Don't play play." Jangan main-main.


Ini bukan soal mahu terlihat hanya diri kita yang baik bersama penampilan, tetapi juga mahu dunia melihat Islam yang tinggi dan indah nilainya! Jadilah muslimah yang meninggikan Islam.

Thursday, February 21, 2013

Kelebihan membaca Al-Quran



1) Sebaik-baik manusia ialah yang belajar dan mengajar Al-Quran.

2) Ahli Al-Quran adalah insan yang harus diperlumbai amalannya kerena tiada amalan yang lebih mulia dari membaca Al-Quran.

3) Yang mahir dengan Al-Quran akan bersama dengan para malaikat yang termulia dan para-para nabi ‘alaihimussalaam.

4) Pembaca Al-Quran diibaratkan seperti limau yang manis yang mempunyai bau dan rasa yang enak iaitu disukai ramai.

5) Darjat dan tingkatan syurga untuk ahli Al-Quran ialah sebanyak mana ayat yang dibaca sewaktu di dunia.

6) Pembaca Al-Quran yang terbaik ialah bacaannya menandakan yang ianya takutkan Allah.

7) Pendamping Al-Quran akan dipakaikan mahkota dan pakaian kemulian dan akan mendapat keredoan dari Allah Ta’ala.

Sebanyak mana seseorang itu menghafal Al-Quran sebanyak itulah ia telah menerima wahyu cuma bezanya ianya bukan nabi.

9) Hafiz Al-Quran dapat memberi syafa’at untuk masuk syurga kepada 10 orang dari ahli keluarganya yang telah wajib masuk neraka.

10) Barangsiapa yang beramal dengan Al-Quran maka akan terselamat dari kesesatan di dunia dan kesusahan di akhirat.

11) Pendengar kepada bacaan Al-Quran ialah orang yang paling cepat mendapat rahmat dari Allah.

12) Pembacanya tidak digolongkan dalam kalangan orang-orang yang lalai.

13) Pembaca yang bertajwid sempurna dapat 70 pahala bagi setiap huruf (70x340 740= 23 851 800) berbanding yang baca secara biasa.

14) Pembaca yang ikut hukum tajwid dapat pahala syahid.

15) Allah berbual dengan pembaca Al-Quran.

16) Manusia yang paling dicintai Allah ialah mereka yang paling pandai dalam ilmu Al-Quran.

17) Pembaca yang tahu makna Al-Quran adalah lebih mulia dari yang tidak memahami kandungannya.

18) Pendamping Al-Quran akan menjadi orang yang cerdik lagi pintar.

♥♥Niat Berpurdah♥♥

(NIAT BERPURDAH)


Fahamilah konsep menutup aurat DENGAN SEMPURNA.

Berpurdah itu SUNNAH.

macam tambahan lepas tutup aurat dengan sempurna.



Jika tutup aurat dengan sempurna pun tidak lepas, macam mana nak selamat dengan 

purdah? Lainlah jika dah tutup aurat dengan sempurna..tapi rasa lebih selamat dengan 

berpurdah, itu barulah betul. ♥


Sebab apa nak berpurdah?Sebab sunnah? Sebab suami suruh, jadi nak dapat keredhaan 

suami dan Allah? Atau sebab trend, tengok semua pakai purdah kita terikut-ikut? Atau 

sebab nak perhatian? Atau sebab nak gelaran wanita solehah?

Tepuk dada, tanya iman, tanya diri sendiri..jika niat kita lurus, syukur..jika niat salah? Lebih

baik betulkan dulu, sebab bila terpesong niat, apa yang kita buat, orang akan mudah

nampak, terutama yang bersih hati dia..percayalah.

And siapa kata kalau dari awal niat dah lurus tidak perlu diperbaharui dari semasa ke

semasa? Jika boleh, tiap kali nak ikat purdah dekat muka, cakap dengan diri sendiri..ini

semua untuk teruskan sunnah..semua ini demi menuntut keredhaan Allah. ♥

Alhamdulillah :)

Tuesday, February 19, 2013

KETIKA ALLAH LAFAZKAN SAYANG UNTUK KITA


Biasanya, jika kita disayangi seseorang kita pasti dapat apa yang kita hajati daripadanya. Biasanya jika kita disakiti sesorang, bermakna orang itu tidak lagi menyayangi kita.

Kita hendak yang itu tapi tak kesampaian – kita kecewa

Kita mahukan yang itu tapi dapat yang ini – kita marah

Semuanya hanya berkisar apa yang kita hendak, dalam masa yang sama kita tak terfikir apa yang kita perlukan. “hendak” itu barangkali datangnya dari nafsu tetapi “perlu” itu adalah satu tuntutan.

Ada kebaikkan yang datangnya dari jalan kemanisan. Itu lumrah. Ada orang mendapat duit yang banyak tanpa perlu bekerja keras, ada orang berlainan pula jalannya. Dia bekerja keras tetapi pulangannya hanya sdikit, tapi dia tetap beroleh duit. Walaupun jalan datangnya yang pelbagai, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk mendapatkan duit.

Adakala, kebaikkan itu datang dari jalan kesakitan, kebahagiaan itu muncul daripada sebuah penderitaan. Cumanya ramai yang tidak sempat sampai kepada fatrah kebahagiaan akibat gugur di pertengahan jalan kesakitan, sedangkan jika ia bertahan sedikit masa lagi ia boleh mencapai kebahagiaan yang diinginkan.

Adakah tidak mustahil jika ALLAH sayangkan seseorang itu lalu ditimpakan sedikit kesusahan? Kita seringkali tidak terdengar, acapkali ALLAH taala berbisik begini:

“Sabarlah wahai hamba-Ku, sedikit masa lagi engkau akan bahagia...”

BICARA NILAI SEHELAI PURDAH


Selesa, tenang dan bahagia itu letaknya di HATI apabila sehelai kain kecil menutupi wajah
Manusia yang memilih untuk mendekati Allah dengan wasilah-wasilah kebaikan, umpama mereka menempah kebahagiaan khusus dengan Allah. Dan Allah berikan kebahagiaan itu khusus ke dalam hati-hati mereka.
Nampak kolot, tapi hati damai.
Nampak ‘mudah dibuli’ tetapi mendapat penuh penghormatan.
Nampak tak menarik, tapi menarik rahmat dari ALLAH.

BICARA NILAI
Benarlah, nilaian manusia tidak sama dengan nilaian ALLAH.
Sekeping kain itu hanya tinggal sekeping kain yang tiada nilai, kiranya dipakai bukan kerana Allah.
Dipakai kerana ikut-ikutan, atau kerana mahukan penghormatan.
Dipakai kerana mahu menjadi ustazah jadi-jadian, atau semata-mata menarik perhatian jejaka idaman.
Allah menilai hati, bukan sekeping kain.
Tetapi sekeping kain yang dipakai kerana Allah, impaknya sungguh agung melangkaui nilaian insan.
Justeru, keagungan dan nilai yang tinggi itu jangan dipersiakan...

Bersangka baiklah.
Itukan suatu amalan untuk melatih jiwa dan mendekatkan diri dengan Pencipta. Bukanlah suatu kewajipan yang mesti untuk semua kaum hawa.
Sekeping kain itu juga adakala bertujuan mengelak fitnah dari mata-mata sang jejaka. Apatah lagi jika berada dalam suasana yang menggalak dan menyuburkan fitnah tersebut.
Tetapi tika berada di sisi suaminya, ia berbeza.
Tika berada di sisi bapanya, ia berbeza.
Tika berada dalam khalayak ramai tanpa ditemani suami atau bapa, ia juga berbeza.
Apa yang pasti, ia tidak menghilangkan nilai agung pada sekeping kain yang menutup muka.
Nilai itu tetap terpelihara, meskipun dengan cara yang berbeza.
Justeru kenalilah terlebih dahulu sekeping kain tersebut sebelum mengenakannya di wajah kita yang mulia. Jangan sampai kain tersebut tidak lekang di muka namun di hati kita cuma menganggapnya sebagai sekeping kain biasa.
Memakainya, biarlah bernilai ibadah.
Memakainya, biarlah bernilai solehah.
Moga-moga mujahadah kita di dunia meraih Syurga yang tinggi di akhirat sana. Ia pasti – insyaAllah – kiranya diri kita benar-benar telus dengan Yang Maha Esa.
Sekeping kain, seribu makna.
Moga kita mengerti akan nilainya.


FAHAMI KHILAF DALAM BERPURDAH


FAHAMI KHILAF

Terlebih dahulu, mari kita fahami tentang khilaf. Apa itu khilaf?
Khilaf adalah perbezaan pendapat di kalangan ulamak kerana tidak adanya dalil yang benar-benar sahih dan menunjukkan kepada hukum tersebut. Khilaf ini terjadi dalam bab Fiqh, tetapi tidak dalam bab Akidah. Natijahnya membawa kepada pengamalan yang berbeza-beza tetapi saling berlapang dada. Boleh jadi yang satu betul, boleh jadi yang satu lagi lebih tepat.
Dalam masalah purdah, ia adalah khilaf sejak sekian lama. Masing-masing telah menerima sebagai perbezaan pendapat yang terpulang kepada individu untuk mengambil pendapat yang diyakini lebih baik. Ada yang berpegang dengan hukum wajib, lalu digenggam sebagai wajib. Ada yang berpegang dengan hukum sunat, kalau pakai dapat pahala tapi kalau buka tidak berdosa, lalu itulah pendiriannya. Dan juga, ada yang berpendapat ia sebagai mubah ( harus semata-mata ) lalu mereka berpegang atas pendirian tersebut.
Konklusi dalam perkara ini, masing-masing kena berlapang dada. Bagi yang berpegang dengan hukum wajib, janganlah sampai memaksa orang lain untuk pakai atau menghukum orang yang tidak pakai. Bagi yang berpegang dengan hukum harus, tidak boleh sinis dengan yang bertegas dengan memakainya sebagai wajib. Manakala bagi yang berpegang dengan hukum sunat, tidak boleh dipandang sebagai berdosa sekiranya dia meninggalkan amalan sunat tersebut.
Umpama seorang sahabat kita yang setiap hari masuk masjid akan bersedekah RM2 ke dalam tabung masjid. Suatu hari dia meninggalkan amalan tersebut, maka kita tidak boleh menganggapnya sebagai berdosa kerana dia mempunyai pilihan samada mahu bersedekah ataupun tidak.

PURDAH ON OFF


FAKTOR PURDAH ON-OFF
Saya pernah diajukan soalan seperti ini, dan saya memberikan pandangan saya.
Muslimat yang memakai purdah tetapi on off, sebenarnya tidaklah berpunca dari satu faktor sahaja.
Inilah masalah kita apabila memandang sinis dan mudah prejudis dengan saudara sendiri dalam bab ibadah. Bila seseorang saudara kita jarang ke masjid untuk solat berjemaah seperti kita, maka saudara tersebut dipandang serong bukannya didekati ataupun diusaha untuk berbaik sangka. Purdah juga begitu. Bila seseorang membuka purdahnya, maka kita cenderung melihat satu faktor sahaja ; tidak istiqamah, pakai main-main dan sebagainya.
Walhal, bukankah ada banyak lagi faktor lain seseorang itu membuka purdahnya?
Ada yang disebabkan keperluan pekerjaan. Boleh jadi situasi pekerjaan yang dipilih lebih memudahkannya jika tidak berpurdah. Apatah lagi dalam suasana di Malaysia, bukan di tanah arab.
Ada yang disebabkan tempat belajar yang tidak membenarkan pelajar memakai purdah..
Ada yang disebabkan keluarga. Boleh jadi keluarganya akan berkecil hati jika anak gadis mereka berpurdah meskipun bersama mereka dalam aktiviti kekeluargaan.
Ada juga disebabkan tuntutan dakwah. Boleh jadi bagi mereka, strategi dakwah tanpa purdah lebih berkesan mendekati mad’u berbanding memakai purdah.
Banyak lagi faktor-faktor yang lain seseorang itu membuka purdahnya. Bukan satu faktor sahaja.
Justeru, apakah kita hanya ingin bertegak atas suatu prejudis dan prasangka semata-mata?
Ia menghilangkan nikmat ukhwah dan mencacatkan persaudaraan..
BERSANGKA BAIK...

Monday, February 4, 2013

‎*SAHABAT UKHUWAH FILLAH*





Pertemuan telah ditaqdirkan, Antara kita tidak pernah dirancang, Manalah taqdir hendak dilawan, Semuanya ketentuan Tuhan...



Wahai sahabat sematkan semua kenangan, Yang telah bersama-sama kita lalui, Suka dan duka memburu impian, Moga teguhnya ikatan ini...

Sahabat yang amat kukasihi, Susah senang kau di sampingku, Kehadiran dikau disisi,Mengubat sepi dihatiku...

Sahabat yang amat kucintai, Susah senang kau di samping, Walau kini hilang di mata,
Namun kau tetap dihatiku...

Sahabat bertuahnya ku rasa, Mendapat teman sepertimu, Membimbing menasihatiku, Hanya Satu Dalam Seribu...

Namun kini, Hanyalah tinggal kenangan, Petemuan kita di lamar perpisahan, Kemesraan bermekar di akhir perkenalan, Sayu menitiskan air mataku...


Doaku buatmu sahabat yang dirindui yang akan meneruskan peljar di NEW ZEALAND:
"Ya Allah, Sahabatku Ini Temanku, Mesra Kami Penawar Duka, Rindu Kami Menambah Cinta, Rajuk Kami Membuah Ceria. Ya Allah, Sillaturrahim Kami Ukhuwah Fillah, Bermusuhan Kami Nauzubillah,Berpisah Kami Insha'Allah. Ya Allah, kawanku adalah sahabatku ini, Rahmatilah Kami Meniti Usia,Terpisah Kami Di Alam Nyata, Temukan Kami Di Taman Syurga"