Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada ALLAH dan Rasulullah..
Hartanya diperjuangkan ke jalan fi sabilillah..
Penawar hati kekasih ALLAH..
Susah dan senang rela bersamanya..
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang paling bijak..
Pendorong kesusahan dan kesulitan (penderitaan)..
Tiada sukar untuk dilaksanakan..
Mengalir air mataku melihat pengorbanan..
Puteri solehah Siti Fatimah..
Akur dalam setiap perintah..
Taat dengan Abuyanya yang sentiasa berjuang..
Tiada memiliki harta dunia..
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..
Ketika aku marah..
Inginku ku intip serpihan sabar..
Dari catatan hidup Siti Sarah..
Tabah jiwaku..
Setabah Umi Nabi Ismail..
Mengendong bayinya yang masih merah..
Mencari air penghilang dahaga..
Di terik padang pasir merah..
Di tinggalkan suami akur tanpa bantah..
Pengharapannya hanya pada ALLAH..
Itulah wanita bernama Siti Hajar..
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan Iman..
Bersinar harum tersebar..
Bagai wanginya pusara Masyitah..
Alam sebuah perjalanan,Allah amanahkan sbuah Perjuangan..terimalah dgn kekuatan..kadang2 sakit yg mendatang,kdang2 teman xsehaluan,kdg2 kcemerlngn gagal di capai..NAMUN.. itulah ujian..mencari REDHA ALLAH..senyum kerana terluka.. menangis kerana takutkanNYA.. SENYUM MUJAHID MEMBURU SYAHID..memacu kebangkitan mrintis kemenangan.. SAHABATKU..takutlah kpd ALLah krna itu kita dpt mgatasi sgla ktakutan..kesushn kegagalan kita di dunia yg membelenggu kita..jgn putus asa..pohonlah rahmat dari ALLAH
INDAH KATA
"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar."(surah Al-Ahzab ayat 35)
No comments:
Post a Comment