INDAH KATA


"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar."(surah Al-Ahzab ayat 35)

Thursday, June 23, 2011

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ


Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Monday, June 20, 2011

Antara Sebab-Sebab Doa Tidak Di Makbulkan..



Ibrahim bin Adham berkata:

Hati buta disebabkan 10 perkara:

1) Kamu mengenal ALLAH, tetapi kamu tidak tunaikan hakNya..

2) Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah SAW tetapi kamu tinggalkan sunnahnya..

3) Kamu telah membaca al-Qur'an, tetapi kamu tidak beramal dengannya..

4) Kamu telah makan nikmat-nikmat ALLAH, tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya..

5) Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya..

6) Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya..

7) Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya..

8) Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya..

9) Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri..

10) Kamu kebumikan mayat-mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar yakni pelajaran daripada mereka..

Manusia yang Suka Bersangka-sangka


Kenapa manusia hari ini suka bersangka-sangka?Ada sangkaan baik. Ada sangkaan buruk.

Orang yang suka beribadah disangka riak

Orang yang relaks disangka malas

Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk

Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang yang makan banyak disangka pelahap

Orang yang makan sikit disangka diet

Orang yang baik disangka buruk

Orang yang buruk disangka baik

Orang yang suka senyum disangka mengejek

Orang yang masam disangka merajuk

Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat

Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk

Orang yang nampak ceria disangka membela

Mana kita tahu ...

Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

Mana kita tahu ...

Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah

Mana kita tahu ...

Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya

Mana kita tahu ....

Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

Mana kita tahu ...

Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya

Sangka baik itu adalah sebaik - baiknya. Sedangkan sangka buruk itu adalah sedusta-dusta percakapan.

Wallahualam. Semoga membawa manfaat.

Nasihat Nabi Adam a.s.




Nabi Adam a.s. berkata:

1) Janganlah kamu berpuas hati dengan dunia, aku telah berpuas hati dengan syurga yang di dalamnya terdapat kehidupan yang kekal, akan tetapi ALLAH SWT tidak menyukainya, maka aku telah dikeluarkan dari dalamnya..

2) Janganlah kamu berbuat sesuatu atas kehendak isterimu. Aku telah menuruti keinginan isteriku, iaitu memakan buah khuldi dan sebab itu aku menderhakai ALLAH SWT..

3) Berfikirlah dahulu sebelum kamu berbuat sesuatu. Jika dahulu aku memikirkan tentang akibat perbuatanku, tentu aku tidak akan menyesal di hari kemudian..

4) Janganlah kamu melakukan sesuatu perbuatan yang kamu merasa ragu atasnya. Ketika aku memakan buah khuldi, aku pun merasa ragu. Namun kerana tidak berhati-hati, maka aku telah menyesal..

5) Bermusyawarahlah mengenai hal-hal yang penting. Jika dahulu aku bermusyawarah dengan para Malaikat, tentu aku tidak mengalami kesulitan..

~Lembaran Hidup Wanita Solehah~

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada ALLAH dan Rasulullah..
Hartanya diperjuangkan ke jalan fi sabilillah..
Penawar hati kekasih ALLAH..
Susah dan senang rela bersamanya..

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang paling bijak..
Pendorong kesusahan dan kesulitan (penderitaan)..
Tiada sukar untuk dilaksanakan..

Mengalir air mataku melihat pengorbanan..
Puteri solehah Siti Fatimah..
Akur dalam setiap perintah..
Taat dengan Abuyanya yang sentiasa berjuang..
Tiada memiliki harta dunia..
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..

Ketika aku marah..
Inginku ku intip serpihan sabar..
Dari catatan hidup Siti Sarah..

Tabah jiwaku..
Setabah Umi Nabi Ismail..
Mengendong bayinya yang masih merah..
Mencari air penghilang dahaga..
Di terik padang pasir merah..
Di tinggalkan suami akur tanpa bantah..
Pengharapannya hanya pada ALLAH..
Itulah wanita bernama Siti Hajar..

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan Iman..
Bersinar harum tersebar..
Bagai wanginya pusara Masyitah..


Friday, June 17, 2011

6 Perkara Yang Allah Sembunyikan..


Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1) Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2)Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3)Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4)Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5)Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6)Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Thursday, June 16, 2011

9 MIMPI RASULULLAH SAW..


Nabi Muhammad saw bersabda: “Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Isarqkan....”

1) Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu menghalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA..

2) Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3) Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4) Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5) Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T member minum hingga ia puas.

6) Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7) Aku melihat seorang umatku berada didalam keadaan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang menderang.

8) Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmanya SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9) Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAH YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Wednesday, June 15, 2011

"keindahan hanya kerana Allah"

Cinta itu indah..
jika cinta itu kerana ALLAH.. kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu cintai..
.
Rindu itu indah…
jika rindu itu kerana ALLAH… kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui…
.
Kegembiraan itu indah..
jika gembira itu kerana ALLAH… kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu gembira…
.
Sedih itu indah..
jika sedih itu kerana ALLAH.. kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih…
.
Bosan itu indah..
jika bosan itu kerana ALLAH.. kerana bosan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu bosankan…
.
Kesibukan itu indah..
jika sibuk itu kerana ALLAH.. kerana kesibukan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu sibukkan…
.
Sakit itu indah..
jika sakit itu kerana ALLAH.. kerana kesakitan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyakitkan kamu…
.
Benci itu indah..
jika benci itu kerana ALLAH.. kerana kebencian itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu benci…
.
Kesusahan dan derita itu indah..
jika ia kerana ALLAH.. kerana derita dan kesusahan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita..

Apakah yang lebih bernilai dari REDHA ALLAH? dari RAHMAT ALLAH? dari KETENANGAN daripada ALLAH? dari perasaan KEINDAHAN hanya dengan ‘BERSAMA’ ALLAH?

InsyaALLAH, kamu, kita semua akan ketemu ‘keindahan’ itu…jika kerana ALLAH…percayalah....

Cinta Bukan Satu Kesilapan


"Jatuh cinta satu kesilapan??Limaza??...
Bukankah ia hadir dari rahmat Yang Esa??Bukankah ia datang tanpa dipinta??
Hadir tanpa diduga??CINTA bukan satu kesilapan....
Tapi tempat menguji ketakwaan,
Cintakah kita pada Yang Esa atau....
Melangit pada yang tak kekal?
Samaada kita hamba...
Pada CINTA atau PENCIPTA...

CINTA bukan satu kesilapanIa perasaan nan suci
Kita yang menzahirkan,
Kenapa cinta dipersalahkan?
Tatkala ia dinodai...
Bukan salah cinta itu...tapi diri!!!
Sebab tak di bina dengan Islam
Tak dihalusi dengan keimanan
Tak dibajai dengan ketakwaan...

CINTA bukan satu kesilapan
Tapi tapak penyubur iman,
Kerana...tak sempurna iman seseorang itu
Jika ia tak mengasihi saudaranya
Seperti mana ia mengasihi dirinya..

CINTA bukan satu kesilapan...
Bukankah Allah Maha Pengasih dan Penyayang?
CINTA itu luas maknanya...

CINTA ibu membawa ke syurga
CINTA keluarga membawa bahagia
CINTA pada kerajinan membawa kejayaan
CINTA pada buku dicurahkan ilmu
CINTA pada sahabat mendapat berkat
CINTA pada ibadah mendatangkan rahmat Tuhan
CINTA pada Allah kebahagiaan yang hakiki

TAPI...
Memang CINTA itu satu kesilapan!!!
Jika ia menjauhkan diri dari Pencipta
Jika ia membina jurang dari Yang Esa
Jika ia mengalpakan diri...

Lantas mengangkat darjat kemaksiatan
Jika ia memadamkan cahaya ilahi
Jika ia mengundang kemungkaran
KhalidNya
Jika ia menjadikan kita hambanya...
Maka seharusnya CINTA itu kau jauhi
DAN...
MEMANG IA MERUPAKAN
SATU KESILAPAN!!!


Wednesday, May 11, 2011

Bakal kekasihku, Imamku, dan Suamiku..


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..

Ingin ku beri tahu padamu..

aq dibesarkan dari keluarga yg mencurahkan kasih sayang untuk q

Maka..Saat Allah memilihmu dalam hidupku,

Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..

Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..

Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,

Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..

Maka, ketika Dia memilihmu untukku,

Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.

Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..

tak semulia Nabi Muhammad, tak setampan Nabi Yusuf, tak sekaya Nabi Sulaiman dan tak setabah Nabi Ayyub...

namun

ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..

Kerana kelak kita akan satu..

Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,

Kau dan aku akan menjadi 'kita'..

aq dibentuk untuk menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..

Maka ketika Dia memilihmu untukku,

Allah mengetahui bahwa kaupun mencintaiNYA

pegang tanganku uyk mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..

Itulah visi pernikahan kita..

Ibadah pada-Nya...

Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..

Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..

Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..

Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,

Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..

Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..

Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..

tatap mataku, tersenyumlah..

Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..

Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..

Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..

Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..

Padamu yang Allah tetapkan sebagai pendampingku..

ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..

Maka kauIah yang terindah,

Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..

Jadilah pendamping yg indah, yang kukuh…

Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..

Padamu yang Allah pilih menjadi penumpang hidupku…

Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..

Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..

Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,

Yang r0h dan jiwanya selalu merindukan jihad..

Yang darahnya mengalir darah syuhada..

Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkat, kau mampu membentuk mereka..

Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..

Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..

Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…

Ku memohon padamu.. Redhalah padaku,

Sungguh Redhamu adalah Redh0 Ilahi Rabbi..

Mudahkanlah jalanku ke Syurga-Nya..

Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku..

Sunday, April 10, 2011

Wanita Solehah


♣♥●☺●♥ UntukMu wahai Wanita sholeha ♣♥●☺●♥

♥ï·²♥
Wanita solehah...
jagalah auratmu,
Pagari pergaulanmu,
jadikan sifat malu sebagai pengikat diri,
Seindah perhiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya tarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali!

Nilai dari wanita solehah,
Bukan pada keindahan lahir atau pujian orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menghiasi alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan berbangga dengan kecantikan lahiriahmu,
kerana suatu hari nanti ia hanya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan batinmu,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat illahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan risau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Isteri yang solihah, dialah yang qanaah.

Yang tahu hari tak selalu cerah tapi dia tak berubah.
Wanita yang solihah itu tidak harus kaya, kalau pun kaya Alhamdulillah.
Dia juga tidak harus cantik, kalau pun cantik itu hadiah.
Wanita yang solihah itu adalah yang qana’ah, senangnya berada di rumah.
Keluar rumah hanya dengan suaminya atau setidaknya dengan izinnya.
Dia tahu barang-barang telah mengalami kenaikan harga,
dan tidak menyusahkan suaminya dengan segala tuntutannya.
Ada juga memang wanita yang bekerja di luar rumah,
tapi yang sholihah, dia mau berhenti kerja kalau suaminya memerintahkannya,
dan tetap bekerja kalau suaminya meridhoinya.

♥ï·²♥

Thursday, April 7, 2011

La Tahzan-Jangan Takut

Jangan takut susah...

kerna Allah pasti mengadakan jalan keluar yang tidak disangka-sangka..

Jangan takut miskin..

kerna Allah telah menjanjikan rezeki seluas langit dan bumi...

Jangan takut bersendirian..

kerna Allah itu dekat, lebih dekat dari helaan nafas mu..

Jangan takut kalah...

kerna orang Islam itu sudah lama 'menang' disisi Allah...

Jangan takut ditindas...

kerna penindasan itu adalah tanda ujian dan kasih sayang Allah untuk menguji iman mu..

Jangan takut disiksa...

kerna setiap sakit dan jerih pedih mu akan menaikkan lagi kedudukan mu di sisi Nya...

Jangan takut berkata benar...

kerna hati yang tawadhuk dan sujud pada Nya pasti akan sentiasa menolak kebathilan...

Bangkitlah, tunaikan solat, perkemaskan ibadah, majukan diri dan keluarga...

Bergerak lah dalam satu jiwa. Perkemaskan matlamat.

Carilah kefahaman Islam yang syumul.

Jangan kita mengharap ilmu itu datang bergolek.

Carilah jemaah supaya bisa menimbulkan rasa cinta dan tautan hati persaudaraan sesama Muslim..

Amat susah untuk menjadi seorang Muslim dicelah-celah kemaksiatan dinegeri kita ini, tapi yakinlah, suatu hari nanti pasti ada sinar buat kita.

Percaya.

Wajib percaya.

Percaya bahawa Islam adalah pegangan kita.

Islam lah neraca pertimbangan kita.

Rujuklah Quran dan hadis, bertanya lah pada alim yang jika kita masih lagi terkapai...

Percaya.

Allah itu matlamat kami,

Quran itu panduan kami,

Rasulullah itu teladan kami,

Jihad itu jalan kami,

Mati dijalan Allah itu cita-cita kami.

Tuesday, April 5, 2011

32 ciri-ciri gadis muslimah sopan dan berakhlak yang sempurna


  • Solat tepat waktu
  • Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
  • Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah, alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
  • Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.
  • Bercakap dengan rendah suara.
  • Lembut dan halus tingkahlakunya.
  • Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
  • Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
  • Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.
  • Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
  • Pandai mengambil hati orang tua.
  • Menghormati dan taat ibubapa.
  • Kesayangan keluarga dan tetangga.
  • Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
  • Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.
  • Rambut tak diwarnakan.
  • Banyak dan murah dengan senyuman.
  • Banyak mendengar dari bercakap.
  • Senyuman adalah ketawanya.
  • Tidak ketawa terbahak-bahak.
  • Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.
  • Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
  • Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.
  • Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.
  • Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
  • Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.
  • Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.
  • Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.
  • Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.
  • Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.
  • Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.
  • Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.
  • Thursday, March 31, 2011


    ... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami... . agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi... Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... . dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku... . Luputkanla....' Ya Allah... . Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan... . Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti... . Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya... Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang... . Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya... Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku... . kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini... Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh... .amin2..ya arabbal al amin.... *******

    Saturday, March 26, 2011

    Ya Allah, berikanlah kepadaku kemampuan untuk tetap mencintai-Mu dan mencintai orang yang cintanya kepada-Mu itu memberikan manfaat kepadaku disisi-Mu.

    Ya Allah, apa yang telah Engkau berikan kepadaku berupa sesuatu yang aku cintai, jadikanlah ia sebagai kekuatan bagiku untuk menjalankan apa yang Engkau cintai.

    Ya Allah, apa yang telah Engkau jauhkan dariku berupa sesuatu yang aku cintai, jadikanlah ia bagiku sebagai peluang untuk menjalankan apa yang Engkau cintai.

    (HR.Tirmidzi)

    Wednesday, March 23, 2011

    ^^KETIKA^^



    "..Ketika aku mohon kekuatan, Allah mberikan aku kesulitan sehingga aku kuat....
    Ketika aku mohon kebijaksanaan, Allah memberikan aku masalah untuk aku pecahkan &...
    Ketika aku memohon surga, Allah menghujaniku dengan ujian-ujian untuk aku tempuhi &
    Ketika aku memohon pengampunan dosa, Allah memberiku rasa sakit untuk aku bertaubat &
    Ketika aku mohon kesejahteraan,Allah memberikan aku akal untuk aku berfikir &.
    Ketika aku mohon keberanian, Allah memberikan aku bahaya untuk aku atasi &.
    Ketika aku memerlukan cinta, Allah memberikan aku org yg bmasalah untuk aku tolong
    Ketika aku mohon bantuan, Allah memberikan aku kesempatan
    DAN KETIKA AKU TAK PERNAH MENERIMA APA YANG AKU MINTA..TAPI AKU TERIMA APA YANG AKU PERLUKAN...."

    Allahu Rabbul izzati..
    cukupkan kami dengan mencintaiMu,merasa dekat denganMu,menangisi hanya buatMu,mengharap hanya padaMu...
    Engkaulah segalanya Ya Allah...
    Engkau shaja pengubat segala-gala...
    Kami teramat mahu untuk berada dalam pelukan kasihMu,untuk terus mengingatiMu dalam waktu duduk dan berdiri,tika berjalan mahupun berlari...
    kuatkan ingatan kami denganMu dan niqmat kurniaMu yang tersangat BANYAK di sekeliling kami Ya Allah...
    izinkan kami mensyukuri segalaNya....
    izinkan kami melihat segala ciptaanMu sambil hati mengingatiMu dan segala kebesaran kurniaanMu Ya Allahu Robbi...
    izinkan kami merasa cukup bahagia dgn MENCINTAIMU amin thumma aminnnnnnnn..
    kerana Engkau menCUKUPKAN segalanya..
    memBAHAGIAKAN segalanya..'kun fayakun'...
    kerana itu,walau sakit,walau perit...hamba Allah itu bisa merasa bahagia..
    kerana pelukan cinta dan kasihMu buat dia mengubat segala rasa..
    Kau Sumber Utama Allahu Kabir..
    dia bisa merasa begitu bila mana hati yakin dan meletakkan pergantungan hanya pada TALI ALLAH...
    yakin AKHIRAT yang kekal abadi...
    dan dunia bukan tempat untuk membuat nilaian ukuran yang tepat..
    ......perkongsian~Tautan Hati~

    SeaNDaiNya AwaK TaHu...


    Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, t...etapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.



    Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.



    Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.



    Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.



    Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

    Tuesday, March 22, 2011

    AKu HanYa InsaN BiaSa


    Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak.. Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna. Kerananya ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah.. Kepadamu yang akan memilihku kelak.. Aku tak sebijak ibunda khadijah, kerananya ku ingin kau tahu, aku sering saja berbuat salah. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu.. Duhai kau yang akan memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kau. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus menjaga istana kecil kita, agar kau dan anak-anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan sehat. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu pulang bekerja.. Ataukah kau akan menemukanku dalam keadaan mengantuk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak-anak kecil kita yang sedang membesar, dan ku tau kau letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.. Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak.. Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis dan tidak kontrol, bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.. Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan membentakku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada si kecil kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.. Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak.. Ketahuilah, aku tak secerdas aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya. Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku.. Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bercambah, iaitu rasa cintaku padamu..insyallah..Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu.. Maka, cintailah aku, dengan apa yang aku ada.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan bidadari.. Aku hanya wanita biasa..

    Saturday, March 19, 2011

    BiArKaN KePaHiTaN ItU PeRgI....AgAr kEmAnIsAN mEnGiSi....(^_^)



    Biarkan kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi..
    Biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai..
    Biarkan kegelisahan lenyap, jangan kita hilang semangat..
    Biar penderitaan itu menyapa, agar kekuatan kita jana semula..
    Biarkan diri ini derita, agar kita tahu kepahitan derita ini..
    Agar aku sedar kesegsaraan ini..
    Tak sama, bahkan hanya secebis..
    Dari pederitaan Raslllah S.A.W..
    Tuhan tidak sesekali menzalimi hamba-hambaNya..
    Tapi manusaia yang menzalimi diri mereka sediri..
    Cahaya, kelam, pahala, dosa,
    Berupaya memilihnya..
    Walau kadangkala tersasar, lantaran..
    Pautan nafsu..
    Namun peluang dariNya sentiasa ada..
    Namun kasih dariNya sentiasa memayungi..

    Diturunkan ad-din memperhalusi akal..
    Dianugerahkan akal memperhalusi akhlak..
    Dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti..
    Menjadi sebaik-baik ummat..
    Tunduk sebagai hamba..
    Berjalan sebagai khalifah..
    Menyusuri kehidupan mencari sebutir permata ‘iman’..
    Menyemai sepohon ‘taqwa’..
    Agar dapat berteduh dari kepanasan ‘nafsu’..
    Agar dapat berlindung dari angin hasutan ‘syaitan’..
    Dalam mencari KEREDHAAN-NYA..

    Friday, March 18, 2011

    JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA


    BUAT PEDOMAN BERSAMA.

    Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ...ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
    Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....


    Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....


    Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....


    Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan MENYESAL....