INDAH KATA


"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar."(surah Al-Ahzab ayat 35)

Monday, May 20, 2013

YANG TERTUTUP ITU SANGAT ISTIMEWA


TUTUPLAH AURAT DENGAN SEMPURNA DIDUNIA,
SEBELUM AURAT KITE DITUTUP DENGAN SEMPURNA DIALAM BARZAKH..
ITTAQULLAH, TAKUT LAH KEPADA ALLAH


Tidak akan tertutup dengan berperangai baik sahaja. 

Tidak akan tertutup dengan kecantikan dan keayuan.
Tidak akan tertutup dengan kata-kata manis bersuarakan kemanjaan.
Tetapi hanya akan tertutup dengan pakaian yang sempurna patuh syariah.
Pastinya akhlak di balik pakaian tadi lebih indah daripada pakaiannya.

Seandainya manusia dapat memahami.Cantik zahir bukanlah ukuran tapi cantik hati memikat hati semua orang.

Wanita itu.

Biar lembut fitrah tercipta. Halus kulitnya. Manis tuturnya. Lentur hatinya. Wajah yang telus setelus rasa membisik di jiwa. Di mata ada cahaya. Dalamnya ada air sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka. 

Melenturnya perlu kasih sayang. Membentuknya perlu kebijaksanaan. Kesabaran dan kemaafan, keyakinan dan penghargaan. Tanpa jemu, tanpa bosan memimpin tangan menunjuk jalan. 


BOLEH seteguh Khadijah yang suci hatinya. Tabah dan tenang sikapnya sebagai teman ar-Rasul. Pengubat duka dan lara.


Bijaksana ia menyimpan ílmu. Si teman bicara, dialah Áishah.
Penyeri taman Rasulullah SAW. Dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah.
BOLEH setabah Maryam, meskipun dicaci meskipun dikeji. Itu hanya cerca manusia namun sucinya Allah memuji.
Seperti Fatimah kudusnya. Meniti hidup seadanya. Puteri Rasulullah, kesayangan ayahanda. Suaminya si panglima agama. Di belakangnya dialah pelita buat cahaya penerang segenap rumahnya.


Wanita itu. 

Yang hidupnya di alaf ini. Perempuan islam akhir zaman. Dirinya terancam dek fitnah. Sucinya perlu tabah. Cintanya bukan untuk dinodai asmara. Tidak murah untuk si adam. 

Hakikatnya, kakinya perlu teguh. Mantap iman mengunci jiwa. Dari lemah dan kalah. Dari rebah dan salah. 


Rasulullah SAW bersabda : “Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”. (Riwayat al-Bukhari)


Seorang wanita itu, anugerah istimewa buat dunia! 
Dia bangga menjadi Muslimah. Di saat yang lain bangga menjadi wanita moden.
Namun cinta Allah tetap menjadi pujaan hati.

Friday, May 17, 2013

JANGAN GIVE UP

assalamualaikum . . Bismillah . . Dengan lafaz bismillah pembuka bicara ku hari nie..alhamdulillah diizinkan Allah masih hidup dimuka bumi Allah..

kadang2 kite selalu give up dengan ape yang kite lakukan kan...sebab bukan semua yang kite lakukan kite akan dapat seperti yang kite impikan..so, kite jangan lah mudah berputus asa dengan setiap ape yang kite lakukan...Allah pasti lebih mengetahui ape yang terbaik buat kite semua...marilah kite ambil beberape pengajaran berdasarkan kisah2 nabi2 terdahulu yang tidak pernah GIVE UP...


Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah GIVE UP sampai akhir hayat sebarkan Islam di muka bumi dan dakwah pemerintah Mekah dan serata negeri.

Nabi Musa a.s. tidak pernah GIVE UP ajak Firaun tunduk patuh kepada Allah hingga dikejar terbelah laut.

Nabi Yunus a.s. tidak pernah GIVE UP berharap pada Allah hatta tenggelam ke dasar laut yang paling dalam pun hati masih bersuara memohon ampun dan bersandar pada Tuhan.

Nabi Isa a.s. tidak pernah GIVE UP menyeru kaumnya sehingga Allah uji dengan ugutan bunuh dan salib secara beramai2 oleh masyarakatnya ketika itu sehingga Allah angkat baginda ke langit dan akan turun lagi di hari sebelum kiamat untuk terus menyeru manusia ke arah kebenaran. Tak henti-henti!

Nabi Yahya dibunuh suruhan Raja Hirodus yang telah membunuh ramai nabi sebelumnya malahan Nabi Zakaria ayahnya juga digergaji ketika bersembunyi di sebalik batang pokok yang besar. Mereka tidak pernah GIVE UP menyeru kepada akidah yang benar sampai mati!

Mereka ini Nabi2 Allah. Mereka ini manusia. Mereka ini rakyat.
Mereka menentang pemimpin2 yang zalim dan kejam pada zamannya.
Tentang dengan hikmah dan keberanian.

Jika mereka as rakyat pun TAK GIVE UP untuk tegakkan kebenaran sampai akhir.
Kenapa kita juga as rakyat nak rasa GIVE UP?

Sampai mati pun jangan GIVE UP.

Tuesday, May 7, 2013

~sesuci bayi~


Bayi, terlalu bersih jiwa dan rohaninya.

Bersih dari dosa. Tak tahu ape-ape. Fikiran nye masih suci.




Ibu ayah diberi amanah dari Allah, untuk didik bayi untk menjadi khalifah di bumi Allah.

Putih yang dididik, putih la bayi dapat.
Hitam yang dididik, hitam la bayi dapat.

Bila dididik dari kecil, dunia yang diutamakan, dunia la yang dia kejar.

Bila dididik dari kecik, akhir yang diutamakan, maka akhirat la yang dia kejar.

Melentur buluh biarlah dari rebung.

#Jangan biarkan hidup anda diselubungi bisikan syaitan.

 Dalam hadis diriwayatkan oleh Ahmad, Imam Bukhari dan Muslim. 
Rasulullah SAW pernah bersabda : "Anak-anakmu adalah penduduk-penduduk kecil syurga" 

 Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabrani : 
Rasulullah SAW pernah bersabda: "Bau bayi itu (berasal) dari bau SYURGA" 

bau wangi itu adalah bau Syurga... :)

Thursday, May 2, 2013

NIATKU

 ♥''Sahaja diriku ini 'Berniqab' Hanya kerana..''Allah Ta'ala' ♥


HINDARILAH SIFAT KEMUNAFIKAN APABILA 'BERPURDAH'

Sila jauhkan diri daripada menjadi ''Pelakon terbaik''

Aku berniqab kerana : Aku sudah selidiki hukumnya
: Aku sudah selidiki sirahnya

--> BUKAN kerana Ikut-ikutan ! 
--> BUKAN kerana Fesyen ! 
--> BUKAN kerana Mahukan pujian !

TAPI KERANA : 

--> MENJAGA AGAMA ALLAH 

--> MENGHINDARI FITNAH 

--> MENJAGA MARUAH 

--> MENJAGA AURAT 



-Tidak bersolek di mata secara berlebihan! 
dan bukannya kerana nak Posing di facebook !! 

♥ ~ Remember wearing niqab because of Allah ~ ♥


Saya Sayang Allah SWT ♥ 

Saya Sayang Rasulullah SAW ♥. 

Saya Hamba Allah :) , Saya umat Rasulullah :) !

Monday, April 29, 2013

HANYA KERANA ALLAH


Cinta itu indah..
jika cinta itu kerana ALLAH.. kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu cintai..

Rindu itu indah…
jika rindu itu kerana ALLAH… kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui…


Kegembiraan itu indah..
jika gembira itu kerana ALLAH… kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu gembira…

Sedih itu indah..
jika sedih itu kerana ALLAH.. kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih…

Bosan itu indah..
jika bosan itu kerana ALLAH.. kerana bosan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu bosankan…


Kesibukan itu indah..
jika sibuk itu kerana ALLAH.. kerana kesibukan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu sibukkan…

Sakit itu indah..
jika sakit itu kerana ALLAH.. kerana kesakitan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyakitkan kamu…


Benci itu indah..
jika benci itu kerana ALLAH.. kerana kebencian itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu benci…

Kesusahan dan derita itu indah..
jika ia kerana ALLAH.. kerana derita dan kesusahan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita..

Apakah yang lebih bernilai dari REDHA ALLAH? dari RAHMAT ALLAH? dari KETENANGAN daripada ALLAH? dari perasaan KEINDAHAN hanya dengan ‘BERSAMA’ ALLAH?

InsyaALLAH, kamu, kita semua akan ketemu ‘keindahan’ itu…jika kerana ALLAH…percayalah....

~SAYA BUKAN PELAJAR SEKOLAH AGAMA~


Ya, saya bukan pelajar sekolah agama. Tapi saya mahu menjadi orang yang beragama dan faham agama. Doakan saya wahai teman-teman seperjuangan. ^^





Jangan nilai kelemahan saya hanya kerana perwatakan saya.



Jangan mengata saya andai saya tersilap langkah.

Jangan mencemuh saya andai ilmu saya tidak setinggi yang disangka.

Jangan menyindir saya andai perlakuan saya kadangkala terleka.

Jangan menghina pakaian saya andai ia tidak mencerminkan peribadi saya.

Jangan menjauhi saya andai langkah saya lemah tidak bermaya.

Teruslah bersama saya dan terimalah kekurangan saya.

Saya manusia biasa, bukan pelajar sekolah agama. Mujahadah itu memerlukan kesabaran yang tinggi. Jangan runtuhkan semangat saya andai saya tersilap langkah di jalan ini. Saya mahu MUJAHADAH dan ISTIQOMAH.
Bantu saya.


Jangan lihat siapa yang menyampaikan, tapi lihatlah apa yang disampaikan. 
Pesan Nabi SAW: Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat. Katakanlah yang benar, sekalipun ianya pahit.

"MUJAHADAH PELAJAR SEKOLAH BIASA ITU LAGI TINGGI DIPERLUKAN DARIPADA PELAJAR SEKOLAH AGAMA, RAMAI USTAZ-USTAZAH YANG MONITOR DAN NASIHAT..TAPI DI SEKOLAH BIASA, KAMI HANYA BERGANTUNG PADA KESEDARAN DIRI SENDIRI UNTUK BERUBAH KE ARAH YANG LEBIH BAIK "

Sunday, April 28, 2013

WALAU JAUH KU PERGI JUA


assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari nie berkesempatan menghadiri majlis walimah seorang rakan sekolah..kami sekolah sama sejak tingkatan 4 sehingga lah tingkatan 6..walaupun kami tidak pernah sekelas..tapi kami tetap baik, sebab sama2 duduk hostel..

27.04.2013 merupakan tarikh perkahwinannya, tapi aku hanya mengetahui tentang majlis pada 26.04.2013..pergi majlis tu pun tanda di rancng..aku bertanya kepada rakan2 ku, sama ada hendak pergi tak…klau sorang2 memang tidak la jawabnya…tambah2 tak tau rumah n jalan ke sana..
Alhamdulillah, dua orang kawanku ingin pergi..tak dela bosan sangat drive kereta..sepanjang perjalanan kami borak2la..maklumlah lama tak jumpe..biar pun lame tak jumpe, tak de pun yang berkata ape2 dengan perubahan yang aku lakukan..almaklumlah, dah lama tak jumpe mereka..bnyak cerita yang dikongsi..aku dengan kawan ku nie (nisah) pergi dari jerantut..walaupun lame dah tak gie umah die..alhamdulillah aku masih ingat jalan untuk pergi kesana..setelah mengambil rakanku itu..kami pun bergerak pergi beli hadiah..sebab tak beli lagi hadiah untuk kawanku yang khwin tu..selalu nya, klau beli hadiah…ada orang tolong balutkan..tapi kami nie sangat bertuah sebab tak de pekerja untuk balutkan hadiah..so, kami pun balut je la sediri kat situ…hihi..

Lepas kami beli hadiah, kami pun terus bertolak ke rumah kawan ku sorang lagi..rumah die kat bukit nikmat..aku ingatkan rumah die dekat je..rupe2nye jauh jugak..tapi tetap seronok sebab aku dapat melihat sekolah agama yang telah mengubahku sehingga sekarang..sekolah itulah, yang mengenalkan aku dengan sehelai tudung labuh..alhamdulillah, sangat bersyukur walaupun hanya sempat lalu depan sekolah itu, teringat kembali kenangan berada di situ walaupun hanya sekejap berada di situ..aku hanya bersekolah disitu selama 3 bulan sahaja..lepas tu aku bertukar ke sekolah menengah biasa..disebabkan aku telah mengenali makna sehelai tudung labuh ketika itu..aku masih bertudung labuh walaupun telah bertukar ke sekolah harian biasa..dalam kelas, hanya aku seorang shaja yang memakai tudung labuh..tapi, aku masih ada kawan2 yang memakai tudung labuh, walaupun mereka kelas lain..kawan2 ku yang bertudung labuh tu kelas bahasa arab…adalah jugak geng pakai tudung labuh..

Semasa mencari rumah kawanku yang ingin berkahwin tu, kami telah kesesatan di dalam kawasan jengka..hihiihi..pusing2, sampai jumpe jalan mati…lepas tu, kami pun tnya la dua orang budak perempuan rumah pengantin..tapi diorang tak tau pun ada kenduri..yang kami dalam kereta nie, dah marah2 sebab tak langsung papan tanda ke majlis tu…yang adanya, benda2 orang berkempen..kami pun cakap la kat adik yang kami jumpe tu, tau tak kat mana masjid dengan dewan besar..sbb rumah kawan ku yg nak kahwin tu, dekat je dgn masjid dan dewan besar..pastu adik2 tu pun tunjukkan kami jalan ke sana..


Alhamdulillah, akhirnya..sampai juga kami ke majlis tu..sampai sahaja kami disana..aku kelihatan begitu pelik dikalangan orang yg datang kerana aku memakai purdah..aku seperti biasalah, buat macam tak de perasaan la…dah tau dah, mesti orang pandang pelik je..sampai je kami terus makan, sebab waktu tu pengantin tgh sibuk bergambar..time tengah makan, ramai yang memerhati..mungkin nak tgk orang pakai purdah makan kot…aku nie dah la pemalu, so tambah sopanla aku makan..tak de la bnyak sgt aku makan, sbb time kat umah, aku dah makan nasi…masa kami sampai tu, kami tercari2 jugak kawan2 sekolah kami…cuma ada sorang je kawan kami yang kelihatan, bakal cikgu…die dtg dengan mak n ayahnya..awal la jugak die dtg..lepas makan, barula kawan2 yang lain dtg..ingat kan kami yang paling lewat..rupe2 nya ada lagi yang paling lambat…hiihi…kami pun bergambar bersama-sama..supaya dijadikan kenangan..ketika bersembang, bnyak la isu2 yang menarik dijadikan bahan gurauan kami..next time kenduri sape la pulak kan..sekarang masa untuk menerima kad jemputam kawan2..sebab aku masih lagi bergelar pelajar…


::semoga hubungan yang terjalan hanya kerana Allah::


Ukhuwwah itu indah kerana HIGHCLASS cintakan ALLAH..

Kata Imam Al-Ghazali, "Ukhuwwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya."