INDAH KATA


"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar."(surah Al-Ahzab ayat 35)

Friday, February 24, 2012

sejuta cinta untuk ibu ♥





"..ibumu telah mengandungmu di dalam perutnya
selama sembilan bulan seolah-olah sembilan tahun
ibu bersusah payah ketika melahirkanmu
yang hampir sahaja menghilangkan nyawanya
dia telah menyusuimu dari susunya
dia hilangkan rasa mengantuknya kerana menjagamu
dia cuci kotoranmu dengan tangan kanannya
dia utamakan dirimu atas dirinya serta atas makanannya
dia jadikan pangkuannya sebagai ayunan bagimu
dia memberikanmu semua kebaikan
apabila kamu sakit atau mengeluh
nampak darinya kesusahan yang luar biasa
dan panjang sekali kesedihannya
dia keluarkan wang untuk membayar doktor yang mengubatimu
seandainya dipilih antara hidupmu dan kematiannya
maka dia akan meminta supaya kamu hidup.."

"..betapa banyak kebaikan ibu
sedangkan engkau balas dengan akhlak yang tidak baik
dia selalu mendoakanmu dengan taufiq
baik secara sembunyi mahupun terang-terangan
tatkala ibumu memerlukanmu pada saat dia sudah tua
engkau jadikan dia sebagai barang yang tidak berharga disisimu
engkau kenyang dalam keadaan dia lapar
engkau puas dalam keadaan dia haus
dan engkau mendahulukan berbuat baik
kepada isteri dan anak-anakmu daripada ibumu
dan engkau lupakan semua kebaikan yang pernah dia buat
dan rasanya berat atasmu memeliharanya
padahal adalah urusan yang mudah
dan engkau kira ibumu ada disisimu umurnya panjang
padahal umurnya pendek
engkau tinggalkannya
padahal dia tidak punya penolong selainmu.."
(Imam az-Zahabi di dalam al-Kabair)

Abu Hurairah berkata:
"..seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w dan bertanya,
siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan
sebaik-baiknya? Baginda menjawab,'ibumu'. Dia bertanya lagi,
kemudian siapa? Baginda menjawab,'ibumu'. Dia beretanya lagi,
kemudian siapa? Baginda menjawab,'ibumu'. Dia bertanya lagi,
kemudian siapa? Baginda menjawab,'bapamu'.."

Allah s.w.t berfirman:
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua
ibubapanya, ibunya telah mengandungnya dengan
menanggung susah payah dan telah melahirkannya
dengan menanggung susah payah"
(al-Ahqaf:15)

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Syurga terletak di bawah telapak kaki ibu"
(Bukhari dan Muslim)

Friday, February 10, 2012

HADIAH TERINDAH


¤ Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah 'doa' .
¤ Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah 'kemaafan' .
¤ Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah 'kejayaan' .
¤ Hadiah terbaik untuk murid adalah 'tauladan' .
¤ Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah 'kasih sayang' .
¤ Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah 'al-Fatihah' .
¤ Hadiah terbaik untuk ibubapa adalah 'kebaktian' .
¤ Hadiah terbaik untuk isteri adalah 'penghargaan' .
¤ Hadiah terbaik untuk suami adalah 'kesetiaan' .
¤ Hadiah terbaik untuk anak adalah 'pendidikan' .
¤ Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah 'kejujuran' .
¤ Hadiah terbaik untuk Rasulullah s.a.w. adalah 'selawat' .
¤ Hadiah terbaik untuk Allah s.w.t. adalah 'ketaqwaan'.

POSISI IMAM DAN MAKMUM KETIKA SOLAT JEMAAH~~