INDAH KATA


"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar."(surah Al-Ahzab ayat 35)

Sunday, April 10, 2011

Wanita Solehah


♣♥●☺●♥ UntukMu wahai Wanita sholeha ♣♥●☺●♥

♥ﷲ♥
Wanita solehah...
jagalah auratmu,
Pagari pergaulanmu,
jadikan sifat malu sebagai pengikat diri,
Seindah perhiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya tarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali!

Nilai dari wanita solehah,
Bukan pada keindahan lahir atau pujian orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menghiasi alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan berbangga dengan kecantikan lahiriahmu,
kerana suatu hari nanti ia hanya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan batinmu,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat illahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan risau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Isteri yang solihah, dialah yang qanaah.

Yang tahu hari tak selalu cerah tapi dia tak berubah.
Wanita yang solihah itu tidak harus kaya, kalau pun kaya Alhamdulillah.
Dia juga tidak harus cantik, kalau pun cantik itu hadiah.
Wanita yang solihah itu adalah yang qana’ah, senangnya berada di rumah.
Keluar rumah hanya dengan suaminya atau setidaknya dengan izinnya.
Dia tahu barang-barang telah mengalami kenaikan harga,
dan tidak menyusahkan suaminya dengan segala tuntutannya.
Ada juga memang wanita yang bekerja di luar rumah,
tapi yang sholihah, dia mau berhenti kerja kalau suaminya memerintahkannya,
dan tetap bekerja kalau suaminya meridhoinya.

♥ﷲ♥

Thursday, April 7, 2011

La Tahzan-Jangan Takut

Jangan takut susah...

kerna Allah pasti mengadakan jalan keluar yang tidak disangka-sangka..

Jangan takut miskin..

kerna Allah telah menjanjikan rezeki seluas langit dan bumi...

Jangan takut bersendirian..

kerna Allah itu dekat, lebih dekat dari helaan nafas mu..

Jangan takut kalah...

kerna orang Islam itu sudah lama 'menang' disisi Allah...

Jangan takut ditindas...

kerna penindasan itu adalah tanda ujian dan kasih sayang Allah untuk menguji iman mu..

Jangan takut disiksa...

kerna setiap sakit dan jerih pedih mu akan menaikkan lagi kedudukan mu di sisi Nya...

Jangan takut berkata benar...

kerna hati yang tawadhuk dan sujud pada Nya pasti akan sentiasa menolak kebathilan...

Bangkitlah, tunaikan solat, perkemaskan ibadah, majukan diri dan keluarga...

Bergerak lah dalam satu jiwa. Perkemaskan matlamat.

Carilah kefahaman Islam yang syumul.

Jangan kita mengharap ilmu itu datang bergolek.

Carilah jemaah supaya bisa menimbulkan rasa cinta dan tautan hati persaudaraan sesama Muslim..

Amat susah untuk menjadi seorang Muslim dicelah-celah kemaksiatan dinegeri kita ini, tapi yakinlah, suatu hari nanti pasti ada sinar buat kita.

Percaya.

Wajib percaya.

Percaya bahawa Islam adalah pegangan kita.

Islam lah neraca pertimbangan kita.

Rujuklah Quran dan hadis, bertanya lah pada alim yang jika kita masih lagi terkapai...

Percaya.

Allah itu matlamat kami,

Quran itu panduan kami,

Rasulullah itu teladan kami,

Jihad itu jalan kami,

Mati dijalan Allah itu cita-cita kami.

Tuesday, April 5, 2011

32 ciri-ciri gadis muslimah sopan dan berakhlak yang sempurna


  • Solat tepat waktu
  • Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
  • Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah, alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
  • Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.
  • Bercakap dengan rendah suara.
  • Lembut dan halus tingkahlakunya.
  • Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
  • Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
  • Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.
  • Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
  • Pandai mengambil hati orang tua.
  • Menghormati dan taat ibubapa.
  • Kesayangan keluarga dan tetangga.
  • Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
  • Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.
  • Rambut tak diwarnakan.
  • Banyak dan murah dengan senyuman.
  • Banyak mendengar dari bercakap.
  • Senyuman adalah ketawanya.
  • Tidak ketawa terbahak-bahak.
  • Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.
  • Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
  • Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.
  • Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.
  • Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
  • Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.
  • Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.
  • Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.
  • Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.
  • Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.
  • Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.
  • Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.